Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

AS Akan Periksa Kandungan Dalam Akaun Media Sosial Pelajar Asing

Diterbitkan Jun 19, 2025 oleh ariff bukhari

Mulai Jun 2025 ini, pelajar asing yang ingin belajar di Amerika Syarikat perlu mendedahkan profil media sosial mereka kepada umum bagi membolehkan pemeriksaan kandungan anti-Amerika.

Langkah ini adalah sebahagian daripada garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS.

Proses visa pelajar telah dihentikan sementara pada akhir Mei lalu untuk membolehkan pelaksanaan garis panduan ini yang kini akan disambung semula.

Pelajar yang memohon visa dikehendaki menetapkan semua akaun media sosial mereka kepada “public” (terbuka) untuk tujuan pemeriksaan itu.

Langkah ini ekoran daripada perintah eksekutif Presiden Donald Trump yang menekankan pemeriksaan ketat terhadap individu yang mungkin mempunyai sikap bermusuhan terhadap Amerika.

Setiausaha Negara Marco Rubio turut membatalkan visa pelajar yang mengkritik serangan Israel di Gaza, menggunakan undang-undang yang membenarkan penyingkiran mereka yang dianggap bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS.

Langkah ini telah mengundang kontroversi kerana dilihat sebagai menekan kebebasan bersuara dan mengehadkan akses pelajar antarabangsa ke pendidikan tinggi di AS.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) Dilancarkan, Tablet 'Flagship' Untuk Profesional
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY