Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone first gen 4GB_

iPhone Generasi Pertama ‘Pecah Rekod’ Dengan Harga Bidaan Lebih RM800,000

Diterbitkan Julai 17, 2023 · Dikemas kini Julai 17, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone generasi pertama yang masih belum dibuka kotak kini memecah rekod, dengan terjual pada harga bidaan $190,372.80 (~RM867,148).

Berkaitan

  • Kotak Masih Berbalut Plastik, iPhone Generasi Pertama Berjaya Dibida Hampir RM300,000

Lelongan iPhone generasi pertama model 4GB itu disiarkan oleh LCG Auctions pada 1 Julai dengan harga bidaan bermula $10,000 (~RM45,550). Setelah menerima sejumlah 28 bidaan yang berakhir pada 17 Julai 2023, iPhone itu akhirnya terjual dengan harga $190,372.80 (~RM867,148).

iPhone first gen 4GB

Model 4GB ini boleh dianggap sebagai ‘rare’ dalam kalangan pengumpul iPhone. Ianya dilancarkan bersama model 8GB pada 9 Januari 2007 dan mula dijual pada 29 Jun 2007, dengan harga $499/$599.

iPhone first gen 4GB_6
iPhone first gen 4GB_3
iPhone first gen 4GB_1

Namun, berikutan jualan yang perlahan, Apple telah menghentikan pengeluaran model 4GB pada 5 September 2007, iaitu kira-kira dua bulan selepas ianya mula dijual.

iPhone first gen 4GB_2

Pada mulanya, iPhone model 4GB ini dijangka akan terjual dengan anggaran nilai $100,000 (~RM455,500). Bagaimanapun, dengan harga bidaan akhir itu, iPhone tersebut dijual lebih 350 kali ganda daripada harga asalnya, serta lebih 250% berbanding iPhone model 8GB yang dibida pada Februari lalu.

Sumber: LCG Auctions

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY