Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple watch singa

Apple Watch Dipakaikan Pada Lidah Singa Untuk Pantau Degupan Jantung

Diterbitkan Jun 13, 2024 ยท Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang doktor haiwan pemuliharaan telah memakaikan jam tangan Apple Watch pada lidah singa bagi tujuan memantau kadar degupan jantung haiwan tersebut.

Jam itu dipakaikan pada singa itu selepas haiwan itu diberikan ubat bius.

Doktor haiwan hidupan liar dari Australia, Dr Chloe Buiting, berkongsikan perkara itu menerusi akaun Instagramnya, Jungle_doctor yang menyiarkan video singa yang dibius dengan Apple Watch dipakaikan pada lidahnya.

Perkara ini tidak dipasarkan Apple sebagai salah satu ciri dalam Apple Watch.

Namun, Dr. Buiting mengatakan Apple Watch telah membantu doktor haiwan untuk memantau pesakit berbulu, bersisik atau berduri semasa pemeriksaan perubatan dan pembedahan.

Sebenarnya, “taktik” untuk berbuat demikian adalah datang daripada pengguna Instagram, Dr Fabiola Quesada yang merupakan seorang doktor haiwan hidupan liar dan pemuliharaan terkemuka.

Dr. Buiting berkata Apple Watch juga telah digunakan untuk memantau kadar degupan jantung gajah dengan menampal jam tangan itu ke telinga mereka.

Buat makluman, setiap peranti Apple Watch mempunyai ciri untuk mengukur kadar denyutan jantung.

Sebagai tambahan, Apple Watch merupakan jam tangan pintar popular di dunia. Berdasarkan data IDC baru-baru ini juga, Apple masih lagi nombor satu dalam pengeluaran bagi peranti boleh pakai.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Rasmi, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam 'Apple Intelligence'

Sumber: apple insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY