Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods Max

Peranti Boleh Pakai Apple Masih Jadi Pilihan Pengguna Walaupun Kurang Model Baharu

Diterbitkan Jun 7, 2024 · Dikemas kini Jun 7, 2024 oleh ariff bukhari

Hasil analisis yang dijalankan oleh penganalisis IDC terhadap pasaran global peranti boleh pakai (wearable devices), Apple masih kekal di atas walaupun dengan halangan keadaan makroekonomi yang lemah, sekatan sementara pada model jam pintar tertentu mereka dan kekurangan model AirPod baharu.

IDC dapati secara keseluruhan, penghantaran Apple Watch merosot sebanyak 19.1% tahun ke tahun manakala peranti audio termasuk AirPods dan Beats merosot 18.8% pada suku tersebut.

AIRPOD MAX
Sebagai contoh, Apple masih menawarkan AirPods Max yang telah dilancarkan pada Disember 2020 dahulu.

Namun begitu, daripada jadual di bawah dapat dilihat bahawa Apple masih jauh mendahului pesaing lain dalam penghantaran dan pasaran global peranti boleh pakai.

Top 5 Wearable Device Companies  2024

Untuk syarikat lain, IDC menyatakan Xiaomi yang berada di kedudukan ke-2 dibantu oleh kemasukan semula baru-baru ini menerusi jam tangan Wear OS yang kini merupakan vendor ketiga terbesar dalam ekosistem Google.

Huawei pula yang tidak jauh di belakang Xiaomi telah berjaya memintas Samsung hasil kembalinya perniagaan telefon pintarnya yang memberi impak positif ke atas peranti boleh pakai akibat penggabungan.

Bagaimanapun, jualan Huawei banyak tertumpu di China dengan kira-kira tiga suku datang dari rantau itu.

Sementara Samsung pula jatuh ke tempat ke-4. Tetapi pelancaran Galaxy Fit 3 serta penawaran peranti audio yang  lebih mampu milik telah membantu mereka mencapai pertumbuhan dalam pasaran walaupun penguasaan pasaran jam tangan pintar mereka merosot 5.1% pada suku tersebut.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari
  • Qualcomm Pertimbang Pengeluaran Cip Snapdragon 8 Gen 5 Melalui Samsung Dan TSMC

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY