Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Rugi Sehingga ~RM42 Juta Selepas Ditipu Bekas Pekerja

Apple Rugi Sehingga ~RM42 Juta Selepas Ditipu Bekas Pekerja

Diterbitkan Mac 22, 2022 oleh Anis Maisarah

Siapa sangka sebuah syarikat gergasi Apple Inc. telah ditipu oleh seorang bekas pekerjanya sehingga rugi sebanyak USD 10 juta (~RM42 juta). Lelaki yang berjaya menipu Apple Inc. tersebut ialah Dhirendra Prasad berumur 52 tahun itu telah menghadapi lima pertuduhan jenayah atas kesalahan pencurian, penerimaan sogokan dan pengubahan wang haram.

Dhirendra Prasad telah berkhidmat untuk syarikat Apple dari Disember 2008 hingga Disember 2018 sebagai pembeli di Global Service Supply Chain department. Melalui jawatan itu, dia telah menyalahguna kuasa sehingga Apple terpaksa membayar perkhidmatan dan barangan yang tidak pernah diterima oleh mereka.

Setakat ini Apple Inc. dan Dhirendra Prasad masing-masing mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang ulasan mengenai perkara ini. Pertuduhan kepada Dhirendra Prasad ini juga melibatkan kerajaan Amerika Syarikat kerana dia telah didakwa mengelak dalam pembayaran cukai dan menipu kerajaan Amerika Syarikat. Peguam kes ini masih mencari bukti hartanah dan akaun kewangan bernilai USD 5juta yang boleh dikaitkan dengan jenayah Dhirendra Prasad.

Sumber : Cnet

Baca juga :

  • Didakwa Gagal Lindung Pekerja Kena Gangguan Seksual, Apple Terima Fail Saman
  • Tim Cook Dikatakan Pamer Sokongan Pada Ukraine Secara Halus Dalam Acara Apple
  • Apple Dilapor Untung Besar Sejak Kotak iPhone Makin Nipis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY