Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Didakwa Gagal Lindung Pekerja Kena Gangguan Seksual, Apple Terima Fail Saman

Didakwa Gagal Lindung Pekerja Kena Gangguan Seksual, Apple Terima Fail Saman

Diterbitkan Mac 18, 2022 oleh Anis Maisarah

Seorang wanita bernama Alicia Kelly telah bertindak berani dengan menyaman Apple atas dakwaan gagal melindunginya daripada gangguan seksual. Selain itu, wanita tersebut turut menyaman syarikat produksi Lionsgate Entertainment Inc., Jerry Bruckheimer Inc dan Montrose Environment Group Inc atas kecuaian pihak-pihak tersebut dalam melindungi dirinya.

Alicia Kelly memegang watak sebagai seorang penyelaras ujian dalam siri televisyen ‘Hightown’ di North Carolina. Menurutnya, dia telah disentuh pada bahagian tidak sepatutnya oleh majikannya iaitu pada bahagian dada dan punggung wanita tersebut.

Bahkan, sebelum meneruskan bekerja untuk filem ‘Emancipation’ untuk Apple TV+ juga, beliau telah diserang oleh majikannya secara seksual di sebuah hotel. Apple telah memindahkan penggambaran filem tersebut dari Georgia ke New Orleans.

Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan isu tersebut. Syarikat lain yang terlibat juga tidak memberi sebarang kenyataan kecuali syarikat Lionsgate yang menyatakan bahawa mereka akan menjalankan penyiasatan dan tidak akan bertolak ansur sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Sumber : Bloomberg

Baca juga :

  • Gaji Tak Naik Macam Dijanji, Pekerja Apple Tubuh Persatuan Guna Telefon Android
  • Perompak Kedai Apple Di Amsterdam Yang Minta Wang Tebusan Kripto, Mati Di Hospital
  • Apple Dilaporkan Sedang Menghasilkan Sebuah Peranti Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY