Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 purple wide

Kemas Kini Khas Untuk iPhone 12, Apple Tegaskan Ia Selamat Diguna Di Seluruh Dunia

Diterbitkan Oktober 11, 2023 · Dikemas kini Oktober 11, 2023 oleh ariff bukhari

Apple akhirnya menjawab kontroversi berkaitan produk terdahulu mereka, isu iPhone 12 di Perancis. Dalam laman sokongan mereka menyatakan bahawa iPhone 12 (model standard) mereka selamat digunakan di seluruh dunia.

“Adalah penting untuk semua pengguna iPhone 12 di Perancis dan di seluruh dunia mengetahui bahawa iPhone 12 adalah selamat untuk digunakan dan sentiasa seperti itu.” Apple.

Apple menegaskan, sejak pelancarannya pada 2020, iPhone 12 telah diperakui dan diiktiraf sebagai memenuhi atau melebihi semua peraturan dan piawaian SAR (Kadar Penyerapan Khusus) yang berkenaan di seluruh dunia.

Apple memaklumkan, selama lebih sedekad, iPhone mempunyai ciri pengesanan luar badan yang membolehkan kuasa penghantaran lebih tinggi sedikit apabila pengguna meletakkan telefon ke bawah, contohnya, di atas meja.

Apple menjelaskan, protokol ujian khusus yang digunakan oleh ANFR (Agensi Frekuensi Kebangsaan Perancis) memerlukan peranti memenuhi had SAR pada badan, walaupun apabila peranti diuji di luar badan pada permukaan statik.

Keputusan itu sekaligus tidak konsisten dengan piawaian antarabangsa, yang membenarkan ujian bebas mekanisme kawalan kuasa yang mungkin tidak diaktifkan semasa ujian SAR standard.

“Kuasa yang lebih tinggi sedikit tidak boleh digunakan untuk pematuhan SAR kerana telefon berada di atas meja, bukan pada badan anda.” Apple.

Sehubungan itu, Apple hari ini melepaskan kemas kini khas untuk pengguna iPhone di Perancis menerusi iOS 17.1.

“ANFR menggunakan protokol ujian yang tidak mengambil kira mekanisme pengesanan luar badan ini, dengan itu tidak membenarkan sedikit peningkatan kuasa apabila ia sesuai. Jadi untuk pengguna di Perancis, kami telah mengeluarkan kemas kini perisian yang mematikan ciri ini untuk menampung protokol ujian ini.” Apple.

Apple sebelum ini berdepan kontroversi di Perancis apabila pihak berkuasa negara itu mengarahkan iPhone 12 ditarik keluar dari pasaran negara tersebut selepas ANFR mendapati tahap radiasi yang dikeluarkan peranti itu melebih daripada apa yang dibenarkan untuk diterima tubuh manusia.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
  • Pengguna iPhone 12 Akan Terima Kemas Kini Khas Atasi Isu Radiasi

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY