Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Air Concept_BlogNT

iPhone 17 Air Mungkin Hadir Dengan Sarung ‘Bumper’ Mirip iPhone 4

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilapor sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan sarung ‘bumper’ (bumper case) untuk iPhone 17 Air.

Dalam satu hantaran di X, Mark Gurman dari Bloomberg menyebut bahawa Apple sekurang-kurangnya pernah mempertimbangkan atau menguji sarung baharu untuk model iPhone lebih nipis tahun ini.

Menurutnya, sarung itu mirip aksesori bumper yang diperkenalkan bersama iPhone 4 pada 2010, menutup bahagian sisi peranti tetapi bahagian belakang dibiarkan terbuka. Ketika itu, bumper berkenaan diperbuat daripada getah.

I believe Apple has at least considered/tested a new case for the slimmer iPhone this year that surrounds the edges but doesn’t cover the back. It’s a similar concept to the iPhone 4 Bumpers from 2010. https://t.co/6HYKmUUKSP pic.twitter.com/VzQGTFlOIg

— Mark Gurman (@markgurman) August 24, 2025

Memandangkan iPhone 17 Air dijangka hadir dengan rekaan yang sangat nipis, penggunaan sarung biasa mungkin membuatkan telefon terasa lebih tebal. Dalam isu ini, sarung bumper boleh dilihat sebagai pilihan sesuai yang menawarkan perlindungan asas daripada calar dan jatuh tanpa menjejaskan ketebalan peranti.

Sekadar selingan, Apple pernah menawarkan sarung bumper percuma kepada pengguna iPhone 4 susulan isu kontroversi “antennagate”, iaitu masalah isyarat selular terganggu apabila telefon dipegang pada bahagian kiri bawah peranti.

Dreams will come true pic.twitter.com/0G3vDiwM94

— 有没有搞措 (@L0vetodream) August 17, 2025

Berbalik kepada konteks, Apple dijangka mengumumkan barisan iPhone 17 bersama aksesori pada awal September kelak. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi daripada Apple.

Berkaitan

  • Imej Tertiris Perlihat Komponen Didakwa Sistem 'Vapor Chamber' iPhone 17 Pro
  • Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini
  • iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Warna Inspirasi 'Liquid Glass'
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Gambar utama: BlogNT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY