Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Siri_featured

Apple Dilapor Akan Guna Model AI Google Untuk Siri, Bayar $1 Bilion Setahun

Diterbitkan November 6, 2025 · Dikemas kini November 6, 2025 oleh Amalina Athman

Apple merancang untuk membayar kira-kira $1 bilion (sekitar RM4.18 bilion) setahun bagi menggunakan model kecerdasan buatan (AI) dengan 1.2 trilion parameter yang dibangunkan oleh Google.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu kini dalam peringkat memuktamadkan perjanjian untuk mendapatkan akses kepada model AI itu bagi memberi “nafas baharu” kepada pembantu suara Siri yang telah lama dijanjikan.

Difahamkan, Apple akan menjalankan model Gemini tersuai pada pelayan Private Cloud Compute, tetapi masih menggunakan model dalaman untuk beberapa ciri Siri. Dengan 1.2 trilion parameter, model ini jauh lebih besar berbanding model 150 bilion parameter yang digunakan dalam versi Apple Intelligence berasaskan awan.

Walaupun Apple merancang untuk bergantung kepada AI Google sebagai penyelesaian sementara, syarikat itu masih meneruskan pembangunan model sendiri dan dijangka beralih kepada penyelesaian dalaman apabila model LLM mereka cukup matang.

Sebelum ini, Bloomberg melaporkan bahawa Apple pernah mempertimbangkan untuk menggunakan model daripada OpenAI atau Anthropic bagi mempertingkatkan Siri, sebelum akhirnya dilaporkan memilih untuk bekerjasama dengan Google.

Perjanjian ini juga berasingan daripada rancangan untuk mengintegrasikan ciri chatbot Gemini terus ke dalam Siri dan tidak akan membawa fungsi carian AI Google ke sistem operasi Apple.

Berkaitan

  • Siri Dengan Apple Intelligence Dijangka Hadir Seawal Mac 2026
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • Apple Dilapor Pertimbang Guna Google Gemini Untuk Kuasakan Siri
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY