Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Education Price Malaysia_4

Apple Kini Tawar Harga Pendidikan Untuk Apple Watch Di Malaysia

Diterbitkan Mei 8, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mula menawarkan Apple Watch dengan harga pendidikan di Malaysia menerusi Apple Education Store. Sebelum ini, tawaran harga khas itu hanya melibatkan produk seperti Mac, iPad dan aksesori terpilih.

Melalui kemas kini tersebut, pelajar kolej dan ibu bapa mereka, serta tenaga pengajar dan kakitangan pendidikan kini boleh mendapatkan beberapa model Apple Watch pada harga lebih rendah berbanding harga biasa.

Di Malaysia, Apple Watch SE 3 kini bermula RM959 berbanding RM1,049 untuk harga standard. Apple Watch Series 11 pula bermula RM1,619 berbanding RM1,799, manakala Apple Watch Ultra 3 ditawarkan pada harga RM3,329 berbanding RM3,699.

Secara keseluruhan, Apple menawarkan diskaun sehingga sekitar 10% untuk pembelian melalui Education Store.

Apple Watch Education Price Malaysia_2
Apple Watch Education Price Malaysia_1
Apple Watch Education Price Malaysia_3

 

Bagi mendapatkan harga pendidikan tersebut, pengguna perlu membuat pengesahan status pelajar atau kakitangan pendidikan melalui platform UNiDAYS sama ada secara dalam talian atau di Apple Store. Apple turut menyatakan bahawa status pengesahan boleh kekal aktif selama setahun sekiranya pengguna log masuk menggunakan Akaun Apple terlebih dahulu.

Dengan penambahan Apple Watch ke dalam Education Store, lebih banyak produk Apple kini tersedia pada harga lebih rendah untuk golongan pelajar dan pendidik di Malaysia.

Untuk pembelian atau maklumat lanjut, layari Apple Education Store.

Berkaitan

  • Apple Watch Siri 11 Dilancar Dengan Teknologi Selular 5G
  • Apple Watch SE 3 Dilancar Dengan Sokongan Pengecasan Pantas
  • Apple Watch Ultra 3 Dilancar Dengan Bateri Sehingga 72 Jam
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • MacBook Neo Kini Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY