Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’

Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 13, 2025 oleh Amalina Athman

Apple bukanlah asing dalam menjual aksesori yang mahal, tetapi produk terbarunya ini mungkin membuat sebilangan pengguna rasa lebih ‘tercengang’.

Apple kini bekerjasama dengan jenama fesyen Jepun, ISSEY MIYAKE, untuk melancarkan iPhone Pocket, aksesori edisi terhad dengan rekaan 3D-knitted yang boleh memuatkan sebarang model iPhone serta barangan kecil yang mudah disimpan dalam poket.

Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’

Diilhamkan daripada konsep “sehelai kain”, iPhone Pocket menyerupai poket yang boleh meregang dan direka secara memanjang yang membentuk tali. Rekaannya mengimbau kembali kepada aksesori iPod Socks yang diperkenalkan oleh Steve Jobs pada 2004.

Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’

Aksesori ini boleh digayakan dalam pelbagai cara, sama ada dipegang, diikat pada beg atau terus disilangkan di badan.

Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’

Ketersediaan

iPhone Pocket ditawarkan dalam dua versi. Rekaan tali pendek tersedia dalam lapan warna iaitu Lemon, Mandarin, Purple, Pink, Peacock, Sapphire, Cinnamon dan Black pada harga $149.95 (~RM620).

Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
iPhone Pocket tali pendek
Apple Perkenal Aksesori Edisi Terhad ‘iPhone Pocket’
iPhone Pocket tali panjang

Sementara rekaan tali panjang ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire, Cinnamon dan Black, dengan harga $229.95 (~RM951).

Keluaran edisi terhad ini akan mula dijual pada 14 November melalui apple.com untuk pasaran Perancis, China, Itali, Jepun, Singapura, Korea Selatan, UK dan Amerika Syarikat.

Ia juga boleh didapati di 10 cawangan utama Apple Store di seluruh dunia, termasuk Apple Canton Road di Hong Kong, Apple Ginza di Tokyo, Apple Regent Street di London dan Apple Orchard Road, Singapura.

Berkaitan

  • Beats Kini Tawar 'Case' Bagi Siri iPhone 17 Dan Air, Harga Dari RM179
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone 2027 Dilaporkan Bakal Sorok Kamera Hadapan Di Bawah Skrin
  • Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY