Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AirPods 4 Hadir Dalam Dua Varian, Harga Bermula RM599

Apple Perkenal 2 Ciri Utama Baharu Untuk AirPods

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

2 ciri utama baharu yang menarik bakal diterima pada barisan produk Apple AirPods , termasuklah AirPods 4, AirPods 4 with ANC dan AirPods Pro 2.

2 Ciri itu adalah membawakan kualiti rakaman studio dan kawalan kamera yang membolehkan pengguna memulakan atau menghentikan rakaman video dengan hanya menekan AirPods.

Dengan teknologi Voice Isolation, cip H2, mikrofon beamforming, dan sokongan audio berkomputasi, pencipta kandungan seperti  penyanyi dan wartawan kini boleh merakam dengan lebih profesional menggunakan AirPods sahaja.

Rakaman ini boleh digunakan bersama pelbagai aplikasi seperti Camera, Voice Memos, FaceTime, Webex, dan aplikasi rakaman pihak ketiga yang serasi di iPhone, iPad, dan Mac.

Apple Perkenal 2 Ciri Utama Baharu Untuk AirPods

Ciri utama ini menjadikan AirPods bukan sahaja digunakan untuk mendengar, tetapi juga sebagai penyelesaian kreatif yang berkuasa untuk pencipta kandungan.

Ciri-ciri baharu ini turut mempertingkatkan kualiti panggilan suara, menjadikan komunikasi lebih jelas dan mesra pengguna.

Kemas kini baharu ini akan dilancarkan pada musim luruh 2025 melalui iOS 26, iPadOS 26 dan macOS Tahoe 26 secara percuma untuk model AirPods 4, AirPods 4 with ANC danAirPods Pro 2.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26
  • Beberapa Barisan Model Mac Terdahulu Dengan Cip Intel Tidak Menyokong macOS 26

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY