Apabila tiba kempen berbelanja di Shopee pada setiap bulan, pasti ada dikalangan kita yang akan sedia memindahkan wang untuk ditambahkan ke dalam kredit ShopeePay mereka.
Malah ada yang terlebih-lebih hinggakan wang di dalam akaun bank menjadi hampir kosong kerana kesemuanya dipindahkan ke dalam ShopeePay.
Lalu menyebabkan mereka tidak boleh mengeluarkan wang dari bank kerana kesemua wang di dalam bank sudah dipindahkan ke ShopeePay. Sekaligus tidak dapat mengeluarkan wang dari akaun bank yang sudah ‘kering’ sekiranya terdesak memerlukannya.
Tetapi jangan risau kerana pihak ShopeePay ada menyediakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna Shopee memindahkan semula kredit dari ShopeePay ke dalam akaun bank.
Jadi, di sini dikongsikan cara memindahkan wang kredit ShopeePay ke dalam akaun bank semula terusdari aplikasi Shopee.
1. Buka aplikasi Shopee dan tekan pada ShopeePay
2. Kemudian, tekan pada Withdrawal
3. Seterusnya, pilih akaun bank yang anda mahu masukkan semula wang dari ShopeePay dan masukkan jumlah kredit yang mahu dimasukkan semula ke dalam akaun bank tersebut. Kemudian tekan butang Next.
4. Selepas itu anda akan diminta untuk mengesahkan transaksi. Kemudian anda akan menerima perincian transaksi seperti yang dipaparkan dalam rajah dibawah. Akhir sekali tekan butang OK. Selesai.
Seperti yang dinyatakan dalam perincian itu, proses transaksi akan mengambil masa antara 1 hari hingga 3 hari waktu bekerja. Jadi, anda bolehlah menyemak transaksi dalam tempoh tersebut.
Selamat mencuba.
Baca juga: