Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad fold ipad mini

Apple Mungkin Terpaksa ‘Lupakan’ iPad Lipat Jika Gagal Hilangkan Kesan Lipatan

Diterbitkan April 8, 2024 · Dikemas kini April 8, 2024 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, khabar mengenai iPad boleh lipat telah berulang kali diperkatakan sejak beberapa tahun lalu. Dalam perkembangan terkini, Apple dilapor berkemungkinan boleh membatalkan projek peranti itu jika tidak dapat menyelesaikan halangan utama.

Berkaitan

  • Samsung Display Dilaporkan Buat Persediaan Untuk Tempahan iPhone Dan iPad Boleh Lipat
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Menurut Mark Gurman dalam siaran Power On, Apple sememangnya sedang meneroka iPad boleh lipat – yang mana usaha ke arah itu masih di peringkat awal. Bagaimanapun, syarikat itu masih belum menemui cara untuk menghasilkan skrin lipat tanpa kesan lipatan (crease).

Menurut Gurman, sumbernya memberitahu Apple mungkin terpaksa ‘membuang’ konsep iPad boleh lipat sekiranya gagal menyelesaikan masalah itu.

Namun begitu, syarikat itu masih mempunyai masa untuk menghasilkan produk seperti yang dilaporkan. Tambahan pula, beberapa laporan sebelum ini menyatakan peranti boleh lipat Apple hanya dijangka tiba pada separuh pertama 2027.

Ketika ini, semua telefon boleh lipat yang ada di pasaran masih mempunyai kesan lipatan paparan, termasuk Samsung Galaxy Z Fold5 dan Google Pixel Fold. Namun, saban tahun kesan lipatan itu semakin berkurangan.

Dengan itu, tidak mustahil jika peranti boleh lipat tanpa kesan lipatan akan tersedia dalam beberapa tahun akan datang.

Sumber: Power On Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • DJI Perkenal Stesen Kuasa 2kWh Paling Kompak Di Malaysia Berharga RM6,509
  • TikTok Shop Kini Ada Aplikasi Berasingan - Mula Ditawarkan Di Malaysia
  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
©2026 WISER.MY