Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Samsung Display Dilaporkan Buat Persediaan Untuk Tempahan iPhone Dan iPad Boleh Lipat

Diterbitkan Disember 15, 2023 ยท Dikemas kini Disember 15, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Display, salah satu pembekal terbesar Apple dilaporkan sedang merombak pasukan perniagaannya sebagai persediaan untuk iPhone dan iPad boleh lipat.

Menurut laporan dari media Korea Selatan, The Elec, Samsung Display baru-baru ini “menjalankan penyusunan semula organisasi yang memfokuskan pada keupayaannya untuk sebagai persedian terhadap produk Apple baharu itu.”

Laporan itu menjelaskan bahawa Samsung Display “pada masa ini mendahului pesaingnya” apabila berkaitan dengan paparan OLED untuk telefon pintar, termasuklah hubungannya dengan Apple.

Pada asasnya, Samsung Display mahu mengambil apa yang dipelajari daripada mengeluarkan paparan boleh lipat untuk peranti Samsung dan bersedia untuk pesanan masa hadapan daripada Apple untuk iPhone dan iPad.

Laporan hari ini juga menyebut, Samsung Display dan LG Display kedua-duanya sedang mengusahakan pada paparan boleh lipat 20.25 inci untuk produk Apple masa depan.

Dengan rombakan ini, Samsung Display berharap untuk “menghalang pesaing,” seperti LG Display, daripada memperoleh mana-mana perniagaan produk boleh lipat Apple.

Namun begitu, sungguhpun Samsung Display menyediakan operasinya untuk iPhone atau iPad boleh lipat, tetapi kemungkinan masih terlalu awal atau sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk Apple memasuki pasaran peranti boleh lipat.

Penganalisis paparan Ross Young telah meramalkan bahawa Apple tidak akan melancarkan apa-apa jenis peranti boleh lipat sehingga 2025.

Young juga telah melaporkan bahawa Apple telah mula membangunkan peranti boleh lipat bersaiz 20.5 inci, sama seperti laporan hari ini dari The Elec.

Berkaitan

  • Ura-Ura: iPhone 16 Mungkin Dilengkapi Susunan Kamera Seperti iPhone 12
  • Android 14 Beta 2 Sedia Tawar Ciri Sembunyi Aplikasi
  • Ini Mungkin Gambaran Awal Rekaan iPhone 16

Sumber: The Elec, 9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY