Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone

Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan Februari 5, 2025 · Dikemas kini Februari 5, 2025 oleh ariff bukhari

Apple hari ini melancarkan aplikasi sosial baharu dikenali sebagai Apple Invites. Aplikasi baharu yang dibangunkan untuk iPhone ini membolehkan penggunanya mencipta dan berkongsi jemputan acara dengan mudah.

Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat tempahan (RSVP), menyumbang foto ke Shared Albums, dan mengakses senarai lagu Apple Music yang berkaitan dengan acara tersebut.

Menerusi iCloud+, pengguna boleh mencipta jemputan, manakala sesiapa sahaja boleh RSVP, termasuk mereka tanpa akaun Apple.

Aplikasi ini menawarkan galeri latar belakang bertema, integrasi dengan Maps dan Weather untuk panduan lokasi dan ramalan cuaca, serta AI Apple Intelligence yang membantu mencipta jemputan dengan imej unik dan teks yang sesuai.

Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone
Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone
Apple Lancar Aplikasi Sosial Baharu Untuk Pengguna iPhone

Tuan rumah yang menganjurkan acara juga boleh mengurus jemputan, menyemak RSVP, dan menyesuaikan butiran acara, manakala tetamu boleh membalas jemputan melalui aplikasi atau web tanpa langganan iCloud+.

Untuk pelanggan iCloud+ Premium pula, mereka menerima ciri tambahan lain iaitu:

  • Storan diperluas membolehkan pengguna menyimpan foto, video, dan fail beresolusi tinggi dengan selamat di iCloud, serta mengaksesnya dengan mudah di semua peranti dan web.
  • Private Relay memastikan aktiviti pelayaran di Safari kekal peribadi daripada penyedia rangkaian, laman web, dan juga Apple.
  • Hide My Email menjana alamat e-mel rawak dan unik setiap kali diperlukan.
  • HomeKit Secure Video membolehkan pengguna merakam dan menyemak rakaman keselamatan rumah dalam format penyulitan hujung ke hujung.
  • Domain e-mel tersuai membolehkan pengguna memperibadikan alamat e-mel iCloud mereka.
  • Family Sharing membolehkan pengguna berkongsi langganan iCloud+ sehingga lima orang tanpa kos tambahan.

Apple Invites tersedia hari ini untuk dimuat turun percuma daripada App Store untuk semua model iPhone yang menjalankan iOS 18 atau lebih baharu, dan juga boleh diakses melalui web di icloud.com/invites.

Berkaitan

  • Ini Ciri Baharu Apple Intelligence Dalam iOS 18.2
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini Respons Apple Berkaitan Ketersediaan Aplikasi Porno Pertama Di iPhone Pasaran Eropah

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY