Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch SE 3 Dilancar Dengan Sokongan Pengecasan Pantas

Apple Watch SE 3 Dilancar Dengan Sokongan Pengecasan Pantas

Diterbitkan September 10, 2025 ยท Dikemas kini September 10, 2025 oleh ariff bukhari

Selain melancarkan Apple Watch Siri 11, Apple sebentar tadi turut melancarkan Apple Watch SE 3 dan Ultar 3 baharu.

Apple Watch SE 3 adalah generasi baharu jam pintar yang menawarkan lebih banyak ciri kesihatan, kecergasan, keselamatan, dan sambungan.

Dikuasakan cip S10, jam ini kini hadir dengan Always-On display, menyokong pengecasan pantas, sokongan 5G, serta menggunakan kaca Ion-X 4x lebih tahan lasak dari model sebelumnya.

Apple Watch SE 3
SE 3 menambah Sleep Score, notifikasi apnea tidur, anggaran ovulasi retrospektif, dan sensor suhu pergelangan tangan untuk data kesihatan lebih lengkap.

S10 turut membolehkan kawalan dengan gestur satu tangan (double tap, wrist flick), Siri atas peranti, serta Voice Isolation untuk panggilan lebih jelas. watchOS 26 menambah reka bentuk Liquid Glass, Workout Buddy berasaskan Apple Intelligence, muka jam baharu, serta ciri pintar lain.

Apple Watch Siri 11 Dilancar Dengan Teknologi Selular 5G

Apple Watch SE 3 boleh ditempah mulai hari ini di AS dan tersedia 19 September dengan harga bermula RM1,049.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY