Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2030

Apple Diramal Revolusikan iPhone Dengan Skrin Penuh Menjelang 2030

Diterbitkan Jun 27, 2025 oleh ariff bukhari

Pakar paparan, Ross Young dari Counterpoint Research menjangkakan iPhone 18 Pro (2026) akan menampilkan rekaan Dynamic Island yang lebih kecil.

Apple dipercayai sedang memindahkan beberapa komponen Face ID di bawah skrin, namun kamera swafoto masih kekal kelihatan.

Bagi iPhone edisi ulang tahun ke-20 pada 2027 nanti, Young menjangka Apple masih akan menggunakan Dynamic Island versi kecil dari tahun sebelumnya, berbeza dengan ramalan Bloomberg yang menyebut ia bakal hadir dengan paparan sepenuhnya tanpa sebarang takuk atau lubang.

Young juga menjangkakan semua komponen Face ID akan berada di bawah skrin menjelang 2028, dengan hanya meninggalkan lubang kecil untuk kamera hadapan.

Sementara itu, iPhone dengan paparan sepenuhnya (all-screen) pula dijangka hanya akan muncul pada tahun 2030 nanti.

Apple Diramal Revolusikan iPhone Dengan Skrin Penuh Menjelang 2030

Ilustrasi evolusi reka bentuk iPhone lima tahun akan datang telah dikongsi oleh pembangun Filip Vabroušek, dengan sokongan daripada Young, walaupun tidak mengesahkan butiran lain seperti rekaan tepi skrin melengkung dan bingkai ultra-nipis.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Redmi Pad 2 Dilancarkan - Harga Bermula RM599
  • Janji Bebas Karbon Gergasi Teknologi Makin Gagal Ditepati

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY