Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cxmt memori

CXMT Dijangka Menyamai Kapasiti Pengeluaran DRAM Micron Tahun Ini

Diterbitkan Julai 14, 2026 · Dikemas kini Julai 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Pengeluar cip memori dari China, ChangXin Memory Technologies (CXMT), dijangka menyamai kapasiti pengeluaran DRAM milik Micron Technology menjelang penghujung tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain utama dalam industri memori global. 

Menurut laporan Citrini Research, kapasiti pengeluaran DRAM CXMT dijangka meningkat kepada sekitar 600,000 wafer sebulan, hampir menyamai kapasiti Micron yang dianggarkan sekitar 385,000 hingga 600,000 wafer sebulan, bergantung kepada kaedah pengiraan dan fasiliti yang diambil kira. 

Peningkatan tersebut didorong oleh pembukaan fasiliti baharu di Shanghai serta pengembangan kilang sedia ada.

Pada masa sama, CXMT turut memanfaatkan permintaan tinggi terhadap cip memori untuk pusat data, pelayan AI dan komputer peribadi. 

Walaupun begitu, CXMT masih ketinggalan berbanding Samsung Electronics dan SK hynix dari segi teknologi memori berprestasi tinggi seperti High Bandwidth Memory (HBM), yang kini menjadi komponen penting untuk pemproses AI.

Sekatan eksport Amerika Syarikat juga mengehadkan akses syarikat itu kepada mesin litografi EUV yang diperlukan bagi menghasilkan cip memori paling canggih. 

Namun, perkembangan pesat CXMT menunjukkan China semakin hampir mencapai matlamat untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar dalam sektor semikonduktor.

Malah, beberapa pengeluar komputer dan komponen dilaporkan sudah mula mengesahkan sokongan terhadap cip DRAM keluaran CXMT, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada syarikat itu dalam pasaran global. 

CXMT kini merupakan pengeluar DRAM keempat terbesar dunia dan sedang bersiap sedia untuk penyenaraian awam (IPO) terbesar di Asia pada tahun ini bagi membiayai pengembangan kapasiti pengeluaran serta penyelidikan teknologi baharu. 

Berkaitan

  • SSD Buatan China Mula Diguna Dalam Komputer Riba
  • CEO SK Hynix Jangka Kekurangan Bekalan Cip Memori Global Paling Teruk Pada 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY