Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dilapor Sedang Bangunkan Pin AI Bersaiz AirTag

Apple Dilapor Sedang Bangunkan Pin AI Bersaiz AirTag

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 22, 2026 oleh ariff bukhari

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti pin AI bersaiz hampir sama dengan AirTag yang boleh dipakai.

Menurut laporan, reka bentuknya berbentuk cakera nipis dengan kerangka aluminium dan kaca, dilengkapi satu butang fizikal di tepi dengan sistem pengecasannya mirip Apple Watch.

Selain itu, peranti ini juga dijangka mempunyai dua kamera hadapan (standard dan sudut lebar), pembesar suara, serta tiga mikrofon untuk rakaman audio.

Humane AI Pin
Pin AI oleh Apple ini bakal bersaing dengan produk serupa daripada OpenAI, Humane Pin yang gagal menarik minat pasaran.

Projek ini dilihat sebagai usaha Apple meningkatkan kehadiran dalam teknologi AI selepas ketinggalan berbanding Google dan Microsoft.

Apple baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Google untuk mengintegrasikan Gemini AI ke dalam Siri dan Apple Intelligence, selain merancang penambahbaikan besar pada Siri.

Sasaran pelancaran pin AI ini adalah sekitar 2027, namun projek masih di peringkat awal dan berpotensi dibatalkan.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone 18 Pro Dijangka Ada 6 Peningkatan Baharu
  • Pastikan Tetapan Ini Tidak Diaktifkan Di Aplikasi Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY