Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pastikan Tetapan Ini Tidak Diaktifkan Di Aplikasi Android

Pastikan Tetapan Ini Tidak Diaktifkan Di Aplikasi Android

Diterbitkan Januari 20, 2026 ยท Dikemas kini Januari 21, 2026 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa di dalam telefon pintar Android anda terdapat tetapan khas yang boleh membahayakan keselamatan peranti jika ia diaktifkan.

Tetapan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada tetapan khas dalam sistem operasi Android yang dikenali sebagai Special app access.

Tetapan ini membolehkan aplikasi tertentu diberikan kebenaran tambahan melebihi akses biasa.

Kebenaran khas ini bertujuan melindungi akses kepada sumber sistem yang amat sensitif.

Walaupun akses ini membantu aplikasi berfungsi dengan lebih lancar, tapi ia juga membawa risiko keselamatan dan privasi jika disalahgunakan seperti membenarkan memasang aplikasi melalui sumber pihak ketiga.

Jadi, adalah penting anda memastikan ciri tersebut tidak diaktifkan dalam semua aplikasi. Berikut adalah cara menyemaknya.

  • Buka Settings dan pilih Apps

WhatsApp Image 2026-01-20 at 17.11.19

  • Di dalam Apps, lihat pada pilihan Special app access

WhatsApp Image 2026-01-20 at 17.14.40

  • Kemudian, untuk melihat sama ada aplikasi dalam telefon pintar anda membenarkan ataupun tidak aplikasi pihak ketiga dipasang dari sumber tidak sah, pilih Install unknown apps.

WhatsApp Image 2026-01-20 at 17.35.14

  • Di sini, anda akan dapat melihat senarai aplikasi dalam telefon Android anda sama ada ia membenarkan aplikasi dipasang dari sumber pihak ketiga.

WhatsApp Image 2026-01-20 at 17.40.52

Aplikasi yang tidak wajar dibenarkan memasang aplikasi sepatutnya disekat. Sebagai contoh memasang aplikasi dari WhatsApp, aplikasi pelayar dan Gmail.

Jadi, pastikan ia ditetapkan kepada Not allowed.

Ini sekali gus akan dapat mengurangkan risiko pemasangan aplikasi meragukan serta penyalahgunaan sistem.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY