Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Dilapor Pertimbang Pemasangan, Pembungkusan Cip iPhone Di India

Posted on Disember 17, 2025Disember 17, 2025

Apple dilapor sedang mengadakan perbincangan awal dengan beberapa pembekal untuk mengendalikan pemasangan dan pembungkusan cip iPhone di India buat kali pertama.

Menurut laporan The Economic Times, perbincangan itu telah dijalankan bersama CG Semi, syarikat semikonduktor yang sedang membangunkan salah satu kemudahan pemasangan dan ujian semikonduktor luar (OSAT) utama di negara itu.

“Syarikat-syarikat ini berada pada peringkat perbincangan yang sangat awal. Pada tahap ini, belum jelas cip jenis apa yang akan dibungkus di fasiliti Sanand, tetapi kemungkinan besar ia ialah cip paparan,” lapor The Economic sambil memetik sumbernya.

Seperti yang disebut dalam laporan itu, Apple mendapatkan panel paparan iPhone daripada tiga pengeluar OLED iaitu Samsung Display, LG Display dan BOE.

Cip pemacu paparan (display driver IC) yang digunakan bersama panel ini dibekalkan oleh syarikat seperti Samsung, Novatek, Himax dan LX Semicon, yang kebanyakannya bergantung pada kilang pembuatan dan pembungkusan cip di Korea Selatan, Taiwan dan China.

Jika perbincangan antara Apple dan CG Semi berjaya, langkah ini akan menjadi satu lagi contoh Apple memfokuskan India sebagai hab utama rantaian bekalan dan pembuatan. Namun, syarikat itu juga perlu memenuhi piawaian kualiti ketat Apple untuk mendapatkan kontrak.

Terdahulu, Apple dilapor telah memasang iPhone bernilai $22 bilion di India sepanjang 12 bulan sehingga Mac 2025, meningkat hampir 60% berbanding tahun sebelumnya. Foxconn, Tata Electronics dan Pegatron kini mengendalikan kilang di India yang menumpukan kepada pengeluaran iPhone.

Selain itu, Apple juga dikatakan menyasarkan pengeluaran majoriti iPhone yang dijual di Amerika Syarikat di India menjelang akhir 2026.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress