Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro M5

Apple Dijangka Lancar MacBook Mampu Milik Tahun Depan

Diterbitkan November 5, 2025 · Dikemas kini November 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini sedang membangunkan komputer riba mampu milik yang disasarkan untuk menarik pengguna Chromebook dan PC Windows.

Menurut laporan Bloomberg, model ini dijangka dijual pada “harga jauh di bawah” $1,000 (~RM4,202), dengan julat harga hampir sama seperti gabungan iPad dan papan kekunci Magic Keyboard Folio yang berharga sekitar RM2500.

Bagi menjimatkan kos penghasilan, model ini akan menggunakan komponen yang lebih asas, dikuasakan cip iPhone serta menampilkan paparan LCD standard. Skrinnya juga dikatakan sedikit lebih kecil daripada skrin 13.6-inci pada MacBook Air.

Ketika ini, MacBook Air merupakan komputer riba Apple paling murah, dengan harga bermula RM4,069. Namun, pelajar boleh mendapatkan diskaun melalui Education Store.

Kehadiran Mac mampu milik ini berpotensi menggantikan gabungan iPad dan papan kekunci yang kini menjadi pilihan sesetengah pengguna sebagai sebagai cara lebih berpatutan untuk memiliki peranti Apple dengan keupayaan seperti PC.

Beberapa bulan kebelakangan ini, khabar mengenai MacBook mampu milik semakin kuat diperkatakan. Penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo turut melaporkan bahawa Apple sedang membangunkan MacBook mampu milik yang dikuasakan cip siri A.

Menurut Kuo, komputer riba itu dijangka menggunakan cip A18 Pro yang sama digunakan pada siri iPhone 16 Pro, dan akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna.

Berbalik kepada konteks, Bloomberg melaporkan bahawa peranti dengan nama kod J700 kini berada dalam fasa ujian aktif di Apple dan peringkat awal pengeluaran bersama pembekal luar negara.

Pelancarannya dijangka berlangsung pada separuh pertama 2026.

Berkaitan

  • MacBook Dijangka Guna Pemproses iPhone, Harga Lebih Murah
  • Cip M5 Tawar Kuasa AI 6 Kali Lebih Pantas, Kini Dalam MacBook Dan iPad Pro
  • MacBook Pro 14 Inci Baharu Rasmi — Dikuasakan Cip M5, Prestasi AI Dan Bateri Dipertingkat
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY