Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16e_feature image

2025 Baru Mula Tapi Apple Sudah Ungguli Pasaran Telefon Pintar Global – Kajian

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh ariff bukhari

Pasaran telefon pintar global meningkat sebanyak 3% tahun ke tahun (YoY) pada suku pertama 2025, menurut laporan awal Market Pulse oleh Counterpoint Research.

Walaupun pasaran negara maju mengalami penurunan, pertumbuhan di China—didorong oleh subsidi kerajaan—serta pemulihan berterusan di pasaran membangun seperti Amerika Latin, Asia Pasifik dan Timur Tengah & Afrika membantu mengimbangi keadaan.

Counterpoint mendapati, Apple mengungguli pasaran bagi suku pertama 2025 yang dipacu jualan iPhone 16e di luar musim kebiasaannya.

Malah Apple mencatatkan pertumbuhan di pasaran bukan tradisionalnya seperti Jepun, India, Timur Tengah, Afrika, dan Asia Tenggara—walaupun jualan di AS, Eropah dan China menurun atau mendatar.

Samsung berada di tempat kedua dengan 18% pegangan pasaran. Jualannya meningkat ketara pada bulan Mac selepas pelancaran S25 dan model siri A baharu, dengan model S25 Ultra menunjukkan peningkatan jualan.

Pengeluar telefon pintar dari China, Xiaomi pula terus kukuh dengan pengembangan ke pasaran baharu dan kejayaan dalam pasaran tempatan, dibantu oleh kemasukan ke pasaran kenderaan elektrik yang menaikkan imej jenama mereka sebagai lebih premium

vivo, jenama yang paling pesat berkembang dalam lima teratas, naik ke tempat keempat, disokong oleh pasaran China dan peluasan ke pasaran membangun.

OPPO pula di tempat kelima, mencatat pertumbuhan di India, Amerika Latin dan Eropah.

Top 5 smartphone q1 2025

Sementara HONOR, Huawei, dan Motorola walaupun tidak berada dalam lima teratas masih menunjukkan pertumbuhan pesat.

Huawei menjadi pengeluar terbesar di China pada suku pertama, manakala HONOR dan Motorola berkembang di pelbagai pasaran.

Counterpoint  menyatakan, pasaran telefon pintar kini kembali pulih selepas penurunan pada 2023 disebabkan keadaan ekonomi global yang bertambah baik.

Walaupun unjuran jangka panjang kekal stabil, Counterpoint menjangkakan pasaran akan menurun pada tahun 2025.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Nothing Sahkan Pelancaran CMF Phone 2 Pro April Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY