Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Calculator

Selepas Lebih 14 Tahun, iPad Mungkin Ada Aplikasi Kalkulatornya Sendiri

Diterbitkan April 24, 2024 · Dikemas kini April 24, 2024 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan akhirnya akan menyertakan aplikasi Kalkulator untuk iPad, selepas lebih 14 tahun tablet itu dilancarkan.

Berkaitan

  • Ini Punca iPad Masih Tiada Kalkulator Walaupun Selepas 12 Tahun
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda

Menurut MacRumors, sumbernya memberitahu iPadOS 18 akan menyertakan aplikasi Kalkulator terbina untuk semua model iPad yang serasi dengan kemas kini perisian, yang mana dijangka akan diumumkan semasa acara WWDC 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2024 nanti.

Kekurangan aplikasi Kalkulator terbina pada iPad telah menjadi “meme” sejak sekian lama di media sosial.

Pengguna iPad juga terpaksa bergantung pada aplikasi pihak ketiga dalam App Store, seperti PCalc dan Calcbot.

Sekiranya benar ia akan tersedia dalam iPadOS 18 kelak, rekaannya mungkin berbeza dengan aplikasi Kalkulator sedia ada pada iOS. Tambahan pula, mendiang Steve Jobs dikatakan pernah menolak rekaan sedemikian kerana tidak bersesuaian dengan saiz iPad yang besar.

Bagi mengesahkannya, nantikan pengumuman rasmi Apple pada acara WWDC kelak.

Untuk versi beta pertama iPadOS 18, ia dijangka akan dikeluarkan sejurus ucaptama WWDC sebelum dilancarkan kepada umum sekitar September.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY