Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad pro

Ini Punca iPad Masih Tiada Kalkulator Walaupun Selepas 12 Tahun

Diterbitkan Januari 31, 2022 · Dikemas kini Januari 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

iPad generasi pertama dilancarkan pada tahun April 2010. Sejak itu, siri baru di bawahnya seperti iPad Air, iPad Pro, iPad mini mula menjengah pasaran dalam cubaan menguasai setiap segmen dalam pasaran tablet. Namun, tahukah anda hingga ke hari ini, iPad masih tidak mempunyai aplikasi kalkulator sendiri yang dibangunkan Apple?

Seorang pengguna di Reddit, Tangoshukudai yang mengaku bahawa beliau bertugas di Apple mempunyai cerita di sebalik perkara yang mencabar minda ini.

Menurutnya, sebulan sebelum pelancaran iPad, mendiang Steve Jobs memanggil Scott Forstall ke pejabatnya bertanyakan tentang reka bentuk aplikasi kalkulator untuk iPad kerana Jobs tidak berkenan dengan rekaan sedia ada. Scott memberitahu bahawa pasukannya tidak mempunyai sebarang reka bentuk khas untuk iPad.

Ini berlaku sama ada Scott tidak maklum dengan permintaan Jobs sebelum ini atau mungkin Jobs sendiri tidak memberitahunya. Aplikasi kalkulator sedia ada untuk iPad waktu itu diambil terus daripada iPhone, anda boleh bayangkan sendiri betapa besar butang nombor pada skrin iPad.

Jobs mengatakan bahawa mereka tidak boleh dan tidak akan melancarkan iPad dengan aplikasi kalkulator sebegitu namun Scott berkeras untuk kekal dengannya kerana mereka tidak mempunyai masa yang panjang.

Jobs bertegas dan memberi kata putus dengan dua pilihan, sama ada Scott hadir dengan rekaan baru atau tiada langsung aplikasi kalkulator disertakan. Akhirnya, iPad akhirnya dilancarkan tanpa Calculator dan ia kekal hingga ke hari ini.

Forstall
Scott Forstall

Scott Forstall juga adalah individu yang bertanggungjawab atas rekaan skeumorphic pada zaman awal pengenalan iPhone dan orang penting di sebalik pembangunan iOS. Bagaimanapun, beliau telah dipecat Tim Cook pada 2012.

Pengguna Reddit itu juga berkata aplikasi tersebut bagaimanapun kekal tidak wujud kerana ia tidak diberikan tumpuan oleh pasukan Apple. Ini kerana banyak perkara lain yang lebih penting perlu dibangun dan diselesaikan oleh mereka.

calculator ipad mkbhd

Terbaru, dalam temu ramah oleh MKBHD bersama Craig Federighi tahun lalu, soalan sama ditujukan pada beliau.

“Ada perkara yang kami tidak bangunkan kerana kami mahu ia menjadi tersendiri (unik) dengan ruang yang ada. Sememangnya mudah untuk mencipta Calculator untuk iPad tapi untuk mendapatkan yang terbaik, kami mahu menciptanya apabila kami boleh melakukannya dengan cemerlang. Untuk waktu sekarang, kami masih belum capai tahap itu,” jawab Craig dengan jati diri Apple yang jelas.

Craig tidak menolak kemungkinan mereka akan hadir dengan Calculator sendiri namun bagi anda, dengan lambakan aplikasi di App Store, apakah Calculator masih perlu dibangunkan?

Sumber: Reddit

Baca juga:

  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Ini Antara Produk Yang Ada Diskaun Di Shopee Pada 2 Februari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY