Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Intelligence_Apple

Apple Dilapor Akan Perkenal Ciri Carian AI Pada Siri Tahun Depan

Diterbitkan September 4, 2025 ยท Dikemas kini September 4, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan merancang untuk melancarkan alat carian web berkuasa kecerdasan buatan (AI) sendiri pada Siri tahun depan.

Menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg, sistem baharu itu secara dalaman dinamakan World Knowledge Answers, dan sebilangan eksekutif merujuknya sebagai “answer engine”.

Pada permulaan, ia akan diintegrasikan ke dalam pembantu suara Siri. Apple juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menambah teknologi ini ke pelayar web Safari dan Spotlight yang digunakan untuk membuat carian terus dari skrin utama iPhone.

Sistem baharu ini akan menampilkan antara muka yang menyokong teks, gambar, video dan lokasi menarik berhampiran. Ia juga akan dilengkapi sistem ringkasan berkuasa AI yang direka untuk menjadikan hasil carian lebih mudah difahami dan lebih tepat berbanding Siri versi semasa.

Difahamkan, Siri baharu dibangunkan dengan tiga komponen utama, termasuk perancang untuk mentafsir input suara atau teks, sistem carian mengimbas web atau data pengguna serta perumus yang menyatukan semua maklumat tersebut menjadi satu jawapan.

Integrasi carian AI ke dalam Siri merupakan sebahagian daripada rancangan Apple yang tertangguh untuk menaik taraf pembantu suara itu dengan ciri baharu, membolehkannya mengakses data peribadi pengguna dan menjalankan tindakan berdasarkan kandungan di skrin.

Sebahagian teknologi yang menyokong Siri baharu ini mungkin datang daripada Google. Kedua-dua syarikat juga dikhabarkan telah mencapai “perjanjian rasmi” awal minggu ini untuk membolehkan Apple menguji model AI yang dibangunkan Google.

Versi LLM baharu Siri dijangka dilancarkan seawal Mac 2026 menerusi kemas kini iOS 26.4.

Berkaitan

  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • Bloomberg: Apple Bangunkan Produk Carian AI Mirip ChatGPT
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Apple Dilapor Pertimbang Guna Google Gemini Untuk Kuasakan Siri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY