Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
switch to iphone

Apple Ajak Pengguna Android Untuk “Tukar Ke iPhone”

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah berkongsi video baharu melalui YouTube, di mana ia memfokuskan kepada pengguna Android yang masih teragak-agak untuk beralih ke iPhone.

Melalui video berdurasi empat minit itu, Apple menjawab persoalan yang sering diajukan termasuk bagaimana memindahkan senarai nombor telefon kenalan, gambar, WhatsApp, akaun Google dan lebih lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=mm7Q_my0EK8

Bagi meyakinkan lagi, Apple turut menunjukkan kelebihan dimiliki iPhone yang meliputi jangka hayat bateri, kalis air, kebolehpercayaan sistem operasi iOS, serta keselamatan dan perlindungan privasi untuk data peribadi.

Pada asasnya, Apple sebelum ini telah mempunyai halaman khusus untuk “Tukar ke iPhone”. Melaluinya, ia memaparkan semua maklumat yang pengguna Android perlu tahu jika ingin beralih ke iPhone.

Pelbagai langkah diambil oleh Apple bagi memudahkan pengguna Android untuk beralih ke iPhone. Apple juga mengekalkan aplikasi Android “Pindah ke iOS” khusus bagi memudahkan pemindahan data.

Sumber: Mac Rumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY