Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sekali Lagi, iOS 17 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan ‘Sideloading’ Aplikasi

Sekali Lagi, iOS 17 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan ‘Sideloading’ Aplikasi

Diterbitkan April 18, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh Amalina Athman

Apple dilapor buat pertama kalinya akan membenarkan pengguna iPhone untuk memuat turun aplikasi di luar App Store, atau juga dikenali sebagai sideloading pada iOS 17 kelak.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Akan Tambah Sokongan 'Sideloading' Dan Gedung Aplikasi Pihak Ketiga
  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • watchOS 10 Akan Alami Rombakan Visual Yang Lebih Besar Berbanding iOS 17 - Mark Gurman
  • Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre

Menurut Mark Gurman, perubahan itu akan membolehkan pengguna memuat turun aplikasi tanpa perlu menggunakan App Store, yang juga bermakna pembangun mungkin tidak perlu membayar Apple sebanyak 15% hingga 30%.

Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, yang berkuat kuasa pada 1 November 2022, memerlukan syarikat “gatekeeper” untuk membuka perkhidmatan dan platform mereka kepada syarikat dan pembangun lain.

DMA berkenaan akan memberi impak besar kepada platform Apple, dan boleh menyebabkan Apple terpaksa membuat perubahan besar kepada App Store, Messages, FaceTime, Siri dan lain-lain.

Bagi mematuhi peraturan itu, Gurman mengatakan Apple merancang untuk melaksanakan sokongan sideloading menjelang tahun depan.

Apple mendakwa bahawa proses sideloading aplikasi itu akan “melemahkan privasi dan perlindungan keselamatan” dan menyebabkan pengguna terdedah kepada perisian hasad, penipuan, penjejakan data dan isu lain.

Walau bagaimanapun, Apple perlu mematuhi peraturan itu atau sebaliknya akan berisiko didenda sehingga 20% daripada pendapatan globalnya.

Untuk rekod, ianya bukanlah perkara baharu memandangkan Gurman telah mengatakan perkara yang sama pada Disember tahun lalu. Namun, masih menjadi persoalan jika sokongan sideloading ini akan hadir secara global atau hanya dikhususkan untuk negara Eropah sahaja.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Redmond Pie

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY