Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple App Store

Apple Dilapor Akan Tambah Sokongan ‘Sideloading’ Dan Gedung Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan Disember 14, 2022 · Dikemas kini Disember 14, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor dalam persediaan untuk membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga pada iPhone dan iPad, sebagai keperluan untuk mematuhi undang-undang Kesatuan Eropah yang akan diperkenalkan pada 2024.

Berkaitan

  • Apple Tekankan Aplikasi 'Sideload' Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)
  • Apple - 'Sideloading' Akan Memberi Risiko Buat Pengguna iPhone

Dengan perubahan ini kelak, ia membolehkan pengguna memuat turun perisian pihak ketiga ke iPhone dan iPad mereka tanpa menggunakan App Store, dan mengetepikan sekatan Apple dan komisen sehingga 30% yang dikenakan ke atas pembangun.

Bagaimanapun, syarikat itu masih merancang untuk mengenakan bayaran kepada pemaju untuk akses kepada iOS walaupun dengan ‘sideloading’.

Dalam pada itu, laporan Mark Gurman dari Bloomberg turut menyatakan sokongan ‘sideloading’ akan dikhususkan untuk negara Eropah sahaja. Jika terdapat negara lain yang memperkenal undang-undang serupa, sokongan berkenaan mungkin akan diperluas di luar Eropah.

Changes would also come to NFC chip and camera access, Find My network for rivals to the AirTag, web browsing engines and other areas of Apple’s software. The company still plans to charge developers for access to iOS even with side loading.

— Mark Gurman (@markgurman) December 13, 2022

Terdahulu, Apple mendakwa ‘sideloading’ akan membuatkan pengguna mereka berisiko kepada perisian hasad, scam dan eksploitasi data.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY