Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'

Yang ditunggu-akhirnya rasmi, siri iPhone 14 telah diperkenal Apple tadi, 1 pagi 1 September 2022.

4 model membarisi siri kali ini ialah iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro Max.

Untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, klik SINI untuk baca spesifikasinya.

{suggest}

Artikel ini dikarang khas menumpukan spesifikasi iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Kedua-duanya dikuasakan cip Apple A16 Bionic binaan 4nm.

Binaan


Pertama sekali, antara yang membezakan dua model ini ialah saiz tubuh di mana Pro bersaiz 6.1" manakala Pro Max pula 6.7".

Kedua-duanya menggunakan seramic pada panel hadapan, kaca bertekstur matte di belakang dan rangka logam tahan karat.


Kamera


Seperti kita tahu, kunci utama iPhone pada pengguna awam ialah kekuatan pada kameranya terutama sekali video.

Model Pro kali ini masih bertubuhkan 4 lensa di belakang dan kamera di hadapan untuk swafoto.

  • 48MP utama ( µm, ƒ/1.78 apertur)

  • 12MP sudut lebar (120°, ƒ/2.2 apertur)

  • 12MP telefoto sensor quad pixel (2x telefoto,  ƒ/1.78 apertur)

  • 12MP telefoto (3x telefoto,  ƒ/2.8 apertur)


Untuk lensa utama, ia dikatakan dengan prestasi 49% lebih baik dalam pencahayaan rendah.

Kamera swafoto 12MP (3x telefoto) kini dilengkapi ciri auto fokus dan juga mempunyai apertur f/1.9.



Action Mode menjanjikan penstabilan yang lebih baik terutama ketika merakam video yang memerlukannya seperti ketika berlari.

ProRAW boleh digunakan dengan lensa 48MP. Lampu flash pula kini lebih fleksibel dan lebih terang cahayanya.

Paparan




Buat pertama kalinya, iPhone ini menggunakan paparan berlubang dan membuang takuk.

Ia bukan sekadar berlubang, tapi melalui ciri dinamakan Dynamic Island, Apple benar-benar memanfaatkannya elemen fizikal dengan antara muka.



Hal ini kerana notifikasi dan apa-apa aktiviti akan dipaparkan melaluinya seperti pop-up dengan animasi yang lancar. Ia nampak seolah-olah lubang tersebut sebahagian daripada pop-up tersebut.

Dengan skrin OLED Super Retina XDR , ia masih meneruskan legasi ProMotion 120Hz.



kecerahan tertingginya ialah 2000 nit, agak tinggi bagi untuk sebuah telefon.

Ya, tumpuan model Pro kali ini ialah paparan kekalnya atau Always-On-Display, buat pertama kalinya dalam sejarah iPhone.



Apabila dalam mod paparan kekal, warna objek masih kekal namun hanya dimalapkan. Paparan akan turun serendah 1Hz waktu ini.

Storan dan Warna



Storan dalaman kedua-dua model bermula daripada 128GB dengan maksimum 1TB.

4 warna tersedia ialah  dan yang terbaharu ialah Deep Purple.

Harga




Anda boleh mula melakukan prapresan mulai 9 September dan ia akan mula tersedia pada 16 September 2022.

iPhone 14 Pro dijual di Malaysia secara rasmi untuk RM5,299 (128GB) manakala iPhone 14 Pro Max pula pada RM5,799 (128GB).

Ia boleh mula dipra tempah pada 16 September kelak. Klik SINI untuk senarai harga penuh kesemua model iPhone 14.