Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store_

Apple Diarah Benarkan ‘Sideload’ Aplikasi Di Brazil Dalam Tempoh 90 Hari

Diterbitkan Mac 10, 2025 oleh ariff bukhari

Brazil telah mengarahkan Apple untuk membenarkan pengguna di dalam negara memuat turun aplikasi dari luar App Store dalam tempoh 90 hari.

Arahan ini sekaligus mengikut langkah serupa di Eropah dan beberapa negara lain.

Hakim Pablo Zuniga menegaskan Apple pernah mematuhi arahan serupa di negara lain tanpa kesan negatif terhadap model perniagaannya.

Keputusan ini dibuat selepas pihak berkuasa antitrust Brazil (CADE) sebelum ini mengeluarkan arahan serupa, namun Apple merayu kerana tempoh pelaksanaan yang terlalu singkat.

Mahkamah memberi tempoh tambahan, tetapi akhirnya menetapkan dalam tempoh tiga bulan ini ia mesti dilaksanakan atau Apple bakal berdepan denda.

Respon terhadap arahan itu, jurucakap Apple menyatakan bahawa syarikat itu “percaya pada pasaran yang bertenaga dan kompetitif,” tetapi berkata bahawa perubahan itu akan “membahayakan privasi dan keselamatan” pengguna iOS.

Sehubungan itu, Apple merancang untuk merayu keputusan tersebut.

Berkaitan

  • Apple Jelaskan Kenapa 'Sideload' Aplikasi Hanya Dihadkan Untuk Pengguna Eropah
  • Apple Sahkan Pengguna iPad Di Eropah Kelak Boleh 'Sideload' Aplikasi
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY