Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad EU

Apple Sahkan Pengguna iPad Di Eropah Kelak Boleh ‘Sideload’ Aplikasi

Diterbitkan Mei 3, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Eropah awal minggu ini mengumumkan bahawa iPadOS merupakan platform “gatekeeper” di bawah Akta Pasaran Digital (DMA).

Dalam perkembangan terbaharu, Apple mengesahkan bahawa ia akan membawa semua perubahan ekosistem aplikasi yang dibuat pada iOS di Kesatuan Eropah (EU) kepada iPadOS lewat tahun ini.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iPad Bakal Terima Nasib Sama Seperti iPhone Di Eropah

Dengan pelaksanaannya kelak, pembangun di Eropah boleh memilih untuk mengedarkan aplikasi iPad di luar App Store dengan menggunakan pengedaran web, pasaran aplikasi alternatif atau sebaliknya kekal dengan pilihan sedia ada.

Yuran Teknologi Teras (CTF) akan dikenakan untuk aplikasi yang diedarkan di luar App Store dan mempunyai lebih daripada satu juta pemasangan tahunan pertama. Walaupun begitu, Apple kini menyediakan pengecualian untuk pembangun kecil atau tidak mempunyai sebarang hasil pendapatan.

Seperti iOS, perubahan ini kelak hanya terpakai untuk pengguna iPad di Eropah. Bagi pengguna global, tiada sebarang perubahan dan aplikasi iPadOS akan terus tersedia hanya di App Store.

Sumber: Apple Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
©2026 WISER.MY