Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Partenariat entre Apple et Google, qui va fournir son IA Gemini pour actualiser l’assistant Siri tu/spi

Apple Dan Google Terpaksa Akur Peraturan Ketat UK

Diterbitkan Februari 11, 2026 oleh ariff bukhari

Apple dan Google berikrar untuk melaksanakan perubahan bagi memastikan keadilan dalam gedung aplikasi masing-masing, menurut badan pemantau persaingan United Kingdom (UK) pada Selasa, sambil menyifatkannya sebagai “langkah pertama” di bawah peraturan lebih ketat terhadap gergasi teknologi.

Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) meletakkan kedua-dua syarikat itu di bawah status “pasaran strategik” tahun lalu, sekali gus memberikannya kuasa untuk mengenakan peraturan lebih tegas terhadap platform mudah alih mereka.

Apple dan Google telah mengemukakan pakej komitmen untuk meningkatkan keadilan serta ketelusan dalam gedung aplikasi mereka, yang kini sedang dirunding bersama peserta pasaran oleh CMA.

Cadangan tersebut merangkumi aspek pengumpulan data, cara aplikasi disemak dan diberi kedudukan, serta akses lebih baik kepada sistem operasi mudah alih mereka.

Langkah itu bertujuan menghalang Apple dan Google daripada memberi keutamaan kepada aplikasi sendiri serta memastikan perniagaan menerima terma lebih adil dalam menawarkan aplikasi kepada pelanggan, termasuk akses lebih baik kepada alat untuk bersaing dengan perkhidmatan seperti dompet digital Apple.

“Ini adalah langkah pertama yang penting sementara kami terus mengusahakan pelbagai langkah tambahan bagi menambah baik perkhidmatan gedung aplikasi Apple dan Google di UK,” kata Ketua Eksekutif CMA, Sarah Cardell.

Komitmen tersebut menandakan perubahan pertama yang dicadangkan oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat sebagai respons terhadap peraturan pasaran digital UK yang berkuat kuasa tahun lalu.

Rangka kerja UK itu mirip undang-undang persaingan teknologi Kesatuan Eropah (EU), iaitu Akta Pasaran Digital (Digital Markets Act), yang memperuntukkan potensi denda kewangan yang besar.

Jurucakap Apple berkata komitmen yang diumumkan itu membolehkan syarikat berkenaan terus memajukan inovasi penting dalam aspek privasi dan keselamatan pengguna, selain membuka peluang lebih baik kepada pembangun aplikasi.

Pada Oktober lalu, CMA mendapati Apple dan Google memegang “duopoli berkesan”, dengan sekitar 90 hingga 100 peratus perkhidmatan mudah alih di UK beroperasi melalui platform mereka.

Jurucakap Google pula berkata amalan sedia ada di gedung dalam talian Play adalah “adil, objektif dan telus”.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk menyelesaikan kebimbangan CMA secara kolaboratif,” tambahnya.

Perubahan tersebut dijadual berkuat kuasa pada April, tertakluk kepada hasil rundingan pasaran. – AFP.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Android Digesa Hati-Hati Dengan Aplikasi Keselamatan Ini
  • Demi AI, Google Sanggup Berhutang Selama 100 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY