Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kekal Tegas, Tidak Akan Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”

Apple Kekal Tegas, Tidak Akan Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”

Diterbitkan Disember 3, 2025 · Dikemas kini Disember 3, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan India baru-baru ini mengumumkan bahawa aplikasi keselamatan milik kerajaan, “Sanchar Saathi”, yang diwajibkan dipra-pasang pada telefon pintar, kini boleh dipadam oleh pengguna.

Aplikasi ini berfungsi untuk melaporkan telefon hilang, menyekat nombor IMEI, serta menapis panggilan spam dan penipuan.

Walaupun langkah ini dilihat sebagai kompromi, Apple dilaporkan tetap menolak arahan tersebut kerana isu privasi dan keselamatan ekosistem iOS.

https://x.com/DoT_India/status/1995788652266528918?s=20

Apple menegaskan bahawa mereka tidak pernah mematuhi mandat serupa di mana-mana negara.

Keputusan ini berlaku ketika India semakin penting dalam strategi Apple, bukan sahaja sebagai pasaran pengguna yang pesat berkembang tetapi juga sebagai pusat pengeluaran alternatif kepada China.

Namun, ketegangan bertambah dengan kemungkinan denda antitrust bernilai $38 bilion terhadap Apple di negara itu.

Google pula masih berdiam diri tanpa kenyataan rasmi. Situasi ini menunjukkan cabaran besar terhadap privasi pengguna antara kemahuan kerajaan yang mahu kawalan digital yang lebih ketat dan dilema syarikat teknologi global dalam mematuhi arahan.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Telefon Pintar Di India Diwajibkan Pra Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”
  • Polisi Chromecast Baharu Netflix Kurang Disenangi Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY