Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Kongsi Awal Rupa Bahagian Dalam Stor Pertamanya Di Malaysia, Apple The Exchange TRX

Apple Buka Jawatan Kosong Di Putrajaya, Beri Petunjuk Apple Store Kedua Malaysia

Diterbitkan Ogos 10, 2026 · Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini menyenaraikan sejumlah kekosongan jawatan dalam hasil carian lokasi Putrajaya di laman rasmi kerjaya syarikat itu, memberikan petunjuk pembukaan Apple Store kedua di Malaysia.

Perkara ini mula dilaporkan SoyaCincau, selepas beberapa jawatan Apple yang berkaitan dengan operasi kedai dan khidmat pelanggan ditemui dalam carian tersebut.

Berdasarkan semakan, carian berkenaan memaparkan 22 hasil jawatan, termasuk Specialist, Operations Specialist, Technical Specialist, Technical Expert, Genius, People Operations Planner, Technology & Merchandising Pro dan Business Expert.

Jobs Apple Putrajaya_01
Jobs Apple Putrajaya_04
Jobs Apple Putrajaya_02
Jobs Apple Putrajaya_03

LinkedIn turut menyenaraikan jawatan-jawatan berkenaan di Putrajaya, walaupun beberapa iklan di laman rasmi Apple turut menyatakan lokasi kerja seperti Lembah Klang dan pelbagai lokasi di Malaysia.

Jobs Apple Putrajaya_05

Petunjuk tersebut kini menjadi lebih jelas menerusi siaran Alex Lu, yang tertera sebagai APAC Retail Leadership Recruiting di Apple, di LinkedIn. Beliau menyatakan Apple akan membuka Apple Store kedua di Malaysia dan sedang mencari individu untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Apple Store baharu.

Alex Lu APAC recruitting

Ketika ini, IOI City Mall di Putrajaya disebut-sebut sebagai salah satu kemungkinan lokasi Apple Store kedua Malaysia. Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Apple atau IOI Properties bahawa pusat beli-belah tersebut akan menjadi lokasi kedai berkenaan.

Perkembangan kali ini juga mengingatkan kepada situasi sebelum pembukaan Apple Store pertama di Malaysia. Pada Disember 2022, Apple dilaporkan mula membuka kekosongan jawatan di Malaysia, termasuk 11 jawatan berkaitan sektor runcit (Apple Retail). Kira-kira 18 bulan kemudian, Apple Store pertama Malaysia di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, dibuka kepada orang ramai pada 22 Jun 2024.

Jadi, Apple Store kedua Malaysia memang akan dibuka, dengan proses pengambilan pekerja untuk pasukan Apple Store baharu itu sudah bermula. Apa yang masih menjadi persoalan kini ialah di mana dan bila Apple akan membuka kedai keduanya itu.

**Artikel dikemas kini dengan maklumat tambahan daripada Alex Lu yang memberikan perkembangan terbaharu mengenai Apple Store kedua Malaysia.

Berkaitan

  • Rasmi, Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka 22 Jun Depan
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Kemas Kini Harga iPad Di Malaysia - iPad Pro Kini RM1,000 Lebih Mahal
  • Apple Kembali Dengan Tawaran Pelajar 2026 - 'Gift Card' Sehingga RM600 Untuk MacBook, iPad Terpilih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY