Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Apple Beri Panduan Cara Betul Bersihkan iPhone 15 Pro Ekoran “Isu Warna Titanium Luntur”

Diterbitkan September 24, 2023 · Dikemas kini September 25, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam dokumen sokongan terbaru diterbitkan Apple,khusus untuk pengguna iPhone15 Pro  memaklumkan bahawa, cap jari penggunanya mungkin akan “mengubah warna sementara” pada bingkai titanium yang digunakan pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Sebelum ini beberapa pengguna awal siri telefon pintar Apple terbaru itu melaporkan isu warna pada model iPhone 15 Pro dan Pro Max.

Starting iPhone 15 pro discoloration issues pic.twitter.com/C41caDq7Pu

— M (@Muhammadiashik) September 15, 2023

anyone can explain why the iPhone 15 Pro frame start discoloration? 😶 pic.twitter.com/1bCfbOj9f9

— Rishabh Kumar (@TheRishabhKumar) September 15, 2023

Apple dalam laman sokongan mereka yang dikemas kini menjelaskan, isu perubahan warna itu adalah bersifat sementara di mana pengguna boleh memulihkan warna iPhone mereka seperti biasa dengan hanya padam cap jari mereka.

“Untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, minyak dari kulit anda mungkin mengubah warna jalur luar buat sementara waktu, Mengelap iPhone anda dengan kain lembut, sedikit lembap, tidak berbulu akan memulihkan rupa asalnya.” Apple.

Apple juga menyatakan, “iPhone anda mempunyai salutan oleophobic tahan cap jari — lapisan penyekat minyak —. Produk pembersih dan bahan yang meluntur akan mengurangkan salutan dan mungkin mencalarkan iPhone anda.”

Sehubungan itu, Apple mengesyorkan pengguna supaya mengelap iPhone mereka dengan kain lembut, sedikit lembap dan bebas serabut bagi memulihkan rupa asal peranti.

“Jangan gunakan produk yang mengandungi peluntur atau hidrogen peroksida. Elakkan daripada mendapat lembapan di mana-mana bukaan, dan jangan tenggelamkan iPhone anda dalam sebarang agen pembersih.” Apple.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tiada MFi Untuk USB-C iPhone, Ini Sebabnya
  • Bermula iPhone 15, Apple Mudahkan Pengguna Semak Kiraan Kitaran Bateri
  • Kemas Kini iOS 17.0.1 Dilepaskan Dengan Tiga Tampalan Keselamatan

Sumber: Apple, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY