Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini iOS 17.0.1 Dilepaskan Dengan Tiga Tampalan Keselamatan

Kemas Kini iOS 17.0.1 Dilepaskan Dengan Tiga Tampalan Keselamatan

Diterbitkan September 22, 2023 · Dikemas kini September 22, 2023 oleh Amalina Athman

Hanya selepas beberapa hari dilancarkan, Apple hari ini mengeluarkan kemas kini iOS 17.0.1 untuk peranti yang menyokongnya.

Berkaitan

  • iOS 17 Sedia Untuk Dikemas Kini Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Menurut Apple, kemas kini ini menyediakan pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan penting serta disarankan untuk semua pengguna.

Dokumen sokongan keselamatan Apple turut mengesahkan iOS 17.0.1 dikeluarkan untuk menampal 3 kerentanan keselamatan melibatkan Kernel, Security dan WebKit yang mungkin telah dieksploitasi secara aktif terhadap versi iOS sebelum iOS 16.7.

Bagi pengguna yang tidak menaik taraf ke iOS 17, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 16.7. Sementara untuk semua model iPhone 15, Apple menyediakan kemas kini iOS 17.0.2 secara berasingan.

Untuk melakukan kemas kini, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now. 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY