Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Berdepan Siasatan Anti Persaingan Di Sepanyol Pula

Apple Berdepan Siasatan Anti Persaingan Di Sepanyol Pula

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh ariff bukhari

Pengawal selia persaingan Sepanyol, CNMC, telah meluaskan siasatan terhadap Apple yang dimulakan pada Julai 2024.

Siasatan ini menyiasat kemungkinan amalan anti-persaingan, termasuk tuduhan bahawa Apple memaksa pembangun aplikasi mematuhi syarat komersial tidak adil di App Store.

Terbaru, CNMC menyiasat sama ada Apple mewajibkan struktur harga tertentu ke atas pembangun aplikasi sebagai syarat untuk mengedarkan aplikasi mereka di mana ia dianggap melanggar undang-undang persaingan perniagaan.

Apple menegaskan, App Store direka untuk menjamin keselamatan pengguna dan menyokong pembangun di Sepanyol serta seluruh dunia.

Namun, pendekatan ekosistem tertutup Apple, yang mengawal sepenuhnya platform iPhone dan iPad, dilihat bercanggah dengan peraturan persaingan Kesatuan Eropah.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Pengasas Telegram Disiasat Di Perancis Berhubung Kandungan Haram Dalam Aplikasi
  • Australia Akan Larang Kanak-Kanak Bawah 16 Tahun Akses YouTube Dan Media Sosial

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY