Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 Dari 5 iPhone Global Kini Dibuat Di India

Telefon Pintar Di India Diwajibkan Pra Pasang Aplikasi “Sanchar Saathi”

Diterbitkan Disember 2, 2025 · Dikemas kini Disember 2, 2025 oleh ariff bukhari

India telah mengarahkan pengeluar telefon pintar untuk dipra pasang dengan sebuah aplikasi keselamatan siber kendalian kerajaan ke dalam peranti dengan tidak boleh dipadam, langkah yang menimbulkan kebimbangan tentang privasi pengguna.

Negara itu mempunyai 1.16 bilion pengguna telefon mudah alih, menurut data kerajaan 2024, dan pihak berkuasa berkata aplikasi tersebut akan melindungi mereka dengan lebih baik daripada penipuan.

Lewat Isnin, New Delhi memberikan pengeluar 90 hari untuk mematuhi peraturan baharu yang mewajibkan aplikasi “Sanchar Saathi” — bermaksud rakan komunikasi dalam bahasa Hindi — diprapasang pada semua telefon bimbit yang dihasilkan atau diimport untuk kegunaan di India.

Perintah itu, yang diperincikan dalam satu kenyataan akhbar, turut meminta pengeluar memastikan aplikasi tersebut “mudah dilihat dan diakses oleh pengguna ketika penggunaan pertama atau semasa tetapan peranti, dan fungsinya tidak dilumpuhkan atau dihadkan”.

Kerajaan berkata aplikasi itu direka untuk membolehkan pengguna menyekat dan menjejak telefon yang hilang atau dicuri.

Ia juga membolehkan pengguna mengenal pasti dan memutuskan langganan mudah alih palsu yang didaftarkan atas nama mereka, antara fungsi lain.

Data kerajaan menunjukkan aplikasi itu telah membantu mengesan lebih daripada 2.6 juta telefon.

Namun, pejuang hak digital dan ahli politik memberi amaran tentang potensi implikasi serius.

Kumpulan advokasi Internet Freedom Foundation (IFF) pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai arahan baharu itu.

Perintah tersebut “mewakili peluasan kawalan eksekutif yang mendadak dan sangat membimbangkan ke atas peranti digital peribadi,” kata IFF dalam satu kenyataan di X.

“Kerajaan meminta setiap pengguna telefon pintar di India menerima keupayaan pemantauan terbuka dan boleh dikemas kini pada peranti peribadi utama mereka, tanpa perlindungan asas yang sepatutnya dituntut oleh sebuah demokrasi berperlembagaan,” katanya.

Bagi peranti yang telah sedia di pasaran, kerajaan mewajibkan pengeluar dan pengimport untuk “berusaha menolak aplikasi itu melalui kemas kini perisian”.

Penganalisis keselamatan siber Nikhil Pahwa berkata peraturan tersebut “jelas” merupakan pencerobohan privasi.

“Bagaimana kita tahu aplikasi ini tidak digunakan untuk mengakses fail dan mesej pada peranti kita, yang tidak disulitkan di dalam peranti? Atau kemas kini masa hadapan tidak akan membuat begitu?” katanya di X.

“Inilah pencerobohan jelas terhadap privasi kita,” tambahnya.

Pihak pembangkang Perdana Menteri Narendra Modi dalam parti Congress menuntut pembatalan segera perintah itu, menyifatkan langkah tersebut tidak berperlembagaan.

“Big Brother tidak boleh memerhati kita,” kata ahli politik Congress, KC Venugopal di X.

“Aplikasi kerajaan pramuat yang tidak boleh dinyahpasang adalah alat distopia untuk memantau setiap rakyat India,” tambahnya.

“Ia adalah cara untuk memerhati setiap pergerakan, interaksi dan keputusan setiap warganegara.”

Pada Ogos, Rusia mengeluarkan arahan serupa dengan mewajibkan pengeluar memasukkan platform pesanan baharu bernama Max pada semua telefon dan tablet baharu, namun pejuang hak memberi amaran aplikasi itu boleh digunakan sebagai alat pengawasan yang berkuasa. – AFP

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Intel Umum Pelaburan Tambahan RM860 Juta, Jadikan Malaysia Pusat Operasi Pemasangan - PM Anwar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY