Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hipertensi Apple Watch Malaysia

Terima Kelulusan MDA, Ciri Notifikasi Hipertensi Apple Watch Bakal Hadir Di Malaysia

Diterbitkan Disember 2, 2025 ยท Dikemas kini Disember 2, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini telah menerima kelulusan untuk melancarkan ciri notifikasi hipertensi (HTNF) di Malaysia.

Mula dilaporkan oleh Xavier Naxa, penyenaraian di laman web Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) menunjukkan ciri notifikasi hipertensi itu telah menerima kelulusan sejak minggu lalu.

hipertensi Apple Malaysia_1

Hipertensi, atau umumnya disebut tekanan darah tinggi, ditakrifkan sebagai peningkatan berterusan tekanan darah pada atau melebihi 140/90mmHg, dan biasanya disahkan melalui bacaan yang dibuat sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali pengukuran secara berasingan.

Melalui ciri notifikasi hipertensi Apple, pengguna akan dimaklumkan jika terdapat corak bacaan yang menunjukkan kemungkinan berlakunya hipertensi. Data notifikasi ini disimpan dalam HealthKit dan dipaparkan terus dalam aplikasi Health di iPhone.

Ciri ini menggunakan data daripada sensor optik jantung pada Apple Watch untuk menganalisis tindak balas salur darah terhadap degupan jantung. Algoritma ini berfungsi secara pasif di latar (background) dengan menilai data dalam tempoh 30 hari dan akan menghantar notifikasi jika ia mengesan tanda-tanda hipertensi yang konsisten.

Buat masa ini, masih belum diketahui bila HTNF akan diaktifkan untuk pengguna di Malaysia. Namun, berkemungkinan besar akan tiba dalam masa terdekat memandangkan ciri ini sudah menerima kelulusan daripada MDA.

Dari segi keserasian peranti, ciri ini dijangka menyokong Apple Watch Series 9 atau lebih baharu serta Apple Watch Ultra 2 atau lebih baharu, dengan versi watchOS terkini.

Berkaitan

  • Apple Aktifkan Ciri Notifikasi Apnea Tidur, Alat Bantu Dengar Untuk Pengguna Malaysia
  • Apple Watch Siri 11 Dilancar Dengan Teknologi Selular 5G
  • Apple Watch Ultra 3 Dilancar Dengan Bateri Sehingga 72 Jam
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY