Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Maps_wisermy

Apple Akan Perkenal Iklan Dalam Apple Maps – Bermula Di Amerika Syarikat, Kanada

Diterbitkan Mac 25, 2026 · Dikemas kini Mac 25, 2026 oleh Amalina Athman

Seperti dijangkakan, Apple kini mengumumkan bahawa iklan akan diperkenalkan dalam aplikasi Apple Maps, bermula musim panas ini di Amerika Syarikat dan Kanada.

Menurut Apple, iklan ini akan dipaparkan apabila pengguna membuat carian di Maps. Ia juga boleh muncul di bahagian teratas hasil carian berdasarkan kesesuaian serta Suggested Places yang menyediakan cadangan berdasarkan carian terkini pengguna atau perkara yang sedang ‘trending’ di kawasan sekitar.

Apple Akan Perkenal Iklan Dalam Apple Maps – Bermula Di Amerika Syarikat, Kanada

Seperti iklan dalam hasil carian App Store di iPhone dan iPad, iklan di Apple Maps juga akan disertakan label “Ad”.

Dalam pada itu, Apple turut menjanjikan perlindungan privasi. Lokasi pengguna serta interaksi dengan iklan yang dilihat di Apple Maps tidak akan dikaitkan dengan akaun Apple. Data peribadi juga kekal di peranti pengguna, tidak dikumpul atau disimpan oleh Apple dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Seperti dinyatakan, buat masa ini ia hanya akan diperkenalkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada, tanpa sebarang pengumuman lanjut untuk pasaran lain.

Berkaitan

  • Apple Maps Kini Sokong Arah Laluan Transit Di Malaysia, Lengkap Dengan ETA
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Bloomberg: Apple Akan Papar Iklan Dalam Hasil Carian Di Apple Maps
  • iOS 26.4 Kini Tersedia Dengan Sejumlah Ciri Baharu, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY