Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hong Leong Bank Apple Pay_

Hong Leong Bank Kini Sokong Apple Pay – Ini Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet

Diterbitkan Disember 16, 2025 · Dikemas kini Disember 16, 2025 oleh Amalina Athman

Pemegang kad Hong Leong Bank kini boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran dengan lebih mudah dan selamat menggunakan peranti Apple.

Semua kad Visa yang dikeluarkan oleh Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB), termasuk kad debit dan kredit, menyokong Apple Pay.

Namun begitu, sokongan ini tidak melibatkan Kad Kredit HLB GSC Gold dan Platinum, serta kad debit yang dipegang oleh pengguna berusia bawah 16 tahun.

Hong Leong Bank memaklumkan bahawa sebarang kemas kini berkaitan ketersediaan Kad Kredit HLB GSC akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Cara Tambah Kad HLB/HLISB

Untuk menambah kad HLB/HLISB dalam aplikasi Apple Wallet, ikut langkah di bawah.

Melalui Aplikasi HLB Connect

  1. Log masuk ke aplikasi HLB Connect menggunakan biometrik atau kata laluan.
  2. Leret ke kiri untuk ke halaman “Credit Card”.
  3. Pilih kad yang ingin ditambah, kemudian klik butang “Add to Apple Wallet”.
  4. Pilih peranti Apple.
  5. Terima Terma & Syarat HLB untuk melengkapkan proses.

Apabila kad HLB berjaya ditambah ke Apple Wallet, pengguna akan menerima pengesahan melalui notifikasi dalam aplikasi atau emel.

Hong Leong Bank Apple Pay_3

Melalui Apple Wallet

  1. Buka aplikasi Apple Wallet, kemudian klik ikon “+” di bahagian atas kanan untuk menambah kad.
  2. Pilih “Debit atau Kredit Kad”.
  3. Tambah kad melalui sentuhan NFC, imbasan kamera atau masukkan maklumat kad secara manual seperti nombor kad 16 digit, tarikh luput dan CVV.
  4. Terima Terma & Syarat HLB terlebih dahulu sebelum proses pengesahan.

Hong Leong Bank Apple Pay_2

Untuk melengkapkan pengesahan kad, kod OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang berdaftar dengan HLB.

Setelah kad HLB berjaya ditambah, pembayaran menggunakan Apple Pay boleh dilakukan dengan klik dua kali butang “Power” pada iPhone, sahkan menggunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan, kemudian dekatkan peranti pada mesin pembayaran.

Bagi pengguna Apple Watch, klik dua kali butang sisi dan dekatkan peranti berhampiran mesin pembayaran.

Berkaitan

  • Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Beli ‘Game’ PS5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay, Kini Tersedia Di Malaysia
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY