Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pembangun Di Jepun Kini Boleh Edar Aplikasi iOS Melalui Stor Alternatif

Pembangun Di Jepun Kini Boleh Edar Aplikasi iOS Melalui Stor Alternatif

Diterbitkan Disember 18, 2025 · Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan perubahan yang memberi kesan kepada aplikasi iOS di Jepun bagi mematuhi Mobile Software Competition Act (MSCA), yang bertujuan menggalakkan persaingan dalam pasaran telefon pintar di negara itu.

Di bawah peraturan baharu Apple, pembangun di Jepun kini boleh mengedarkan aplikasi melalui gedung aplikasi alternatif serta memproses pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan digital di luar sistem In-App Purchase.

Seperti di Kesatuan Eropah (EU), setiap aplikasi yang dipasang melalui stor aplikasi alternatif di Jepun juga perlu melalui proses ‘Notarization’ yang merangkumi semakan keselamatan.

Apple menjelaskan proses ini menggabungkan semakan automatik dan penilaian manusia untuk memastikan aplikasi berfungsi seperti dijanjikan dan bebas daripada perisian hasad, virus atau ancaman keselamatan lain.

Selain itu, Apple turut bekerjasama dengan pihak pengawal selia di Jepun bagi mengekalkan beberapa langkah perlindungan, termasuk mewajibkan penarafan umur bagi aplikasi yang dijual melalui gedung aplikasi alternatif.

Perubahan ini kini tersedia untuk pembangun di Jepun melalui iOS 26.2, dan semua ahli Apple Developer Program perlu bersetuju dengan kemas kini terbaru Perjanjian Lesen Program Pembangun Apple sebelum 17 Mac 2026.

Jepun merupakan bidang kuasa terbaharu yang memecahkan model perniagaan App Store Apple, di mana pembangun sebelum ini dikenakan komisen sehingga 30% bagi pembelian dalam aplikasi melibatkan barangan dan perkhidmatan digital.

Dalam perkembangan berkaitan, undang-undang MSCA turut mewajibkan Apple membuka akses tertentu kepada perkakasan iPhone untuk pengeluar peranti pihak ketiga.

Berkaitan

  • iOS 17.4 Akan Perkenal Sokongan Stor Aplikasi Alternatif Di Eropah
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Google Akan Benarkan Pengguna Berpengalaman 'Sideload' Aplikasi Tidak Disahkan
  • Quick Share Kini Berfungsi Dengan AirDrop - Mudahkan Perkongsian Fail Android, iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY