Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_

App Store Didapati Penuh Dengan Aplikasi Berisiko, Berbahaya Dan Tidak Sesuai Kepada Kanak-Kanak – Kajian

Diterbitkan Disember 24, 2024 · Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan mendapati Apple App Store menyenaraikan ratusan aplikasi tidak sesuai yang diberi penilaian selamat untuk kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan dalam beberapa kes, serendah empat tahun.

Kajian oleh Parents Together Action dan Heat Initiative terhadap 800 aplikasi dalam 24 jam menemui sejumlah 200 aplikasi dengan kandungan tidak sesuai, termasuk aplikasi seperti penilaian wajah AI, teman wanita AI, sembang dengan orang asing, permainan bertema dewasa, penurunan berat badan serta simulator pengedaran dadah dan permainan ganas.

Laporan bertajuk Rotten Ratings: 24 Hours in Apple’s App Store itu juga menemui banyak aplikasi VPN yang diberi penilaian selamat untuk kanak-kanak, yang boleh digunakan untuk mengakses kandungan seperti pornografi dan ekstremisme.

Selain itu, terdapat aplikasi sembang tanpa nama yang boleh menambah isu masalah buli siber, kemurungan, dan mencederakan diri sendiri.

Aplikasi dalam kategori seperti penurunan berat badan dan akses internet tanpa penapisan hampir semuanya diberi penilaian sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke atas.

Sehubungan itu, laporan itu menggesa Apple melaksanakan semakan bebas pihak ketiga terhadap penilaian umur aplikasi sebelum disediakan kepada kanak-kanak, serupa dengan sistem Motion Picture Association (MPA) untuk industri filem.

“Apple telah berjanji kepada ibu bapa dan anak-anak berkali-kali bahawa gedung aplikasi mereka adalah tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan penilaian mereka adalah tepat dan mudah digunakan. Pada hakikatnya, Apple App Store penuh dengan aplikasi berisiko, berbahaya dan tidak sesuai yang berada di sebelah aplikasi yang berguna dengan penilaian umur yang sama. Selagi orang yang mengeluarkan penarafan umur aplikasi mempunyai motif keuntungan untuk menyediakannya kepada khalayak seluas mungkin, masalah ini – dan kesan buruknya terhadap keluarga – akan berterusan.”

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Ura-Ura: Ini Model iPhone Yang Dijangka Terima Sokongan iOS 19
  • TikTok PayLater Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Aktifkannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
©2026 WISER.MY