Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Terbina Apple Ini Boleh Dipadam Pada iOS 16.1

Aplikasi Terbina Apple Ini Boleh Dipadam Pada iOS 16.1

Diterbitkan Ogos 24, 2022 · Dikemas kini Ogos 24, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dikhabarkan mungkin akan membenarkan pengguna untuk memadam aplikasi yang dipasang secara terbina (built-in app), iaitu Wallet daripada peranti iPhone dengan iOS 16.1.

Berkaitan

  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album 'Hidden' Dan 'Recently Deleted'
  • iOS 16 Versi Beta Tunjuk Peratus Bateri Pada Ikon, Tak Perlu Lagi 'Swipe Down'
  • iOS 16 Beta Awam 3: Enam Perkara Baru Termasuk Peratus Bateri, 'Visualiser' Semasa Muzik Dimainkan

Memetik laporan MacRumors, kod tersebut telah ditemui dalam iPadOS 16.1 beta dan telah disahkan oleh pengguna Steve Moser. Melalui kod itu, ia mencadangkan aplikasi Wallet dimuat turun di App Store jika aplikasi itu dipadam, dan apabila pengguna iPhone cuba untuk menggunakan ciri yang tersedia dalam Wallet seperti Apple Pay.

apple wallet

Umum mengetahui, aplikasi Wallet adalah aplikasi utama iPhone kerana ia menempatkan kad debit dan kredit untuk Apple Pay, mengendalikan Apple Pay Cash bagi negara tertentu, membenarkan pengguna menyimpan kad loyalty, tiket penerbangan dan banyak lagi.

Seperti yang diketahui, pada masa ini aplikasi Wallet hanya boleh dikeluarkan pada Home Screen iPhone dan disembunyikan daripada pandangan. Akan tetapi, ianya tidak boleh dinyahpasang (uninstall) daripada peranti.

Dengan iOS 16.1 kelak, ia mungkin memberi pilihan kepada pengguna untuk memadam aplikasi tersebut daripada iPhone.

Perlu diketahui, kebiasaannya iPadOS memberi gambaran ciri yang akan hadir pada iOS kerana sistem operasi iPad adalah berasaskan perisian iPhone. Bagaimanapun, memandangkan ia hanya tersedia pada iPadOS 16.1 beta buat masa ini, dan bukannya iOS 16.1, masih belum dapat dipastikan mengenainya.

Tambahan pula, Apple mungkin akan membuat beberapa perubahan pada sistem operasi berkenaan, sebelum dilancarkan kelak.

Dalam pada itu, masih belum jelas mengapa Apple akan memilih untuk membenarkan pengguna memadamkan aplikasi Wallet, ia mungkin berkaitan tuntutan mahkamah di mana Apple didakwa telah melanggar undang-undang antitrust dengan menjadikan ‌Apple Pay‌ satu-satunya dompet mudah alih yang tersedia untuk pembayaran tap-to-pay pada ‌iPhone‌.

Dijangka, kemas kini iOS 16 akan dilepaskan pada bulan September, manakala iOS 16.1 akan dilepaskan kemudian.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY