Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 album

iOS 16 Membenarkan Kunci Album ‘Hidden’ Dan ‘Recently Deleted’

Diterbitkan Jun 7, 2022 ยท Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Nadiah Ab

Dalam iOS 16 yang baharu nanti, Apple mendedahkan akan menambah keupayaan untuk pengguna mengunci album “Hidden” dan “Recently Deleted”, dan menggunakan pengesahan melalui Touch ID atau Face ID untuk mengakses.

Apple mengatakan mulai iOS 16 nanti, kedua-dua album akan dikunci secara lalai.

Buat masa ini, album “Hidden” dan “Recently Deleted” terdedah, membenarkan sesiapa sahaja berupaya mendapat akses dan keupayaan melihat foto dalam galeri telefon anda.

iOS 16 dilancarkan dengan ciri penyesuaian baharu untuk skrin kunci dan perubahan secara menyeluruh.

Beta pertama iOS 16 kini tersedia kepada pembangun dan beta awam akan tersedia kemudian pada bulan Julai.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu
  • iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY