Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
battery percentage ios 16 beta 1

iOS 16 Versi Beta Tunjuk Peratus Bateri Pada Ikon, Tak Perlu Lagi ‘Swipe Down’

Diterbitkan Ogos 9, 2022 · Dikemas kini Ogos 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam iOS 16 beta versi ke-5, Apple didapati telah menambah ciri baharu yang telah lama wujud pada Android itu peratusan bateri dalam ikon bateri.

Sejak iPhone X, telefon Apple tidak lagi memaparkan peratus bateri pada ikonnya seperti pada model-model sebelumnya. Hal ini kerana rekaan takuk membataskan maklumat dipaparkan pada bahagian skrin atas.

iOS 16 Versi Beta Tunjuk Peratus Bateri Pada Ikon, Tak Perlu Lagi ‘Swipe Down’

Jadi, setiap kali pengguna (iPhone X hingga iPhone 14) mahu mengetahui berapakah bateri yang tinggal, mereka perlu swipe down Control Centre. Ia antara perkara yang sangat melecehkan, sebagai seorang yang berubah platform daripada Android ke iOS.

Berkaitan

  • iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain 'Lockscreen' Baharu
  • Kenali Apa Itu Apple Pay Dan Cara Gunakannya
  • WhatsApp Kini Beri Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej

Namun, perkara ini mungkin berubah apabila iOS 16 versi awam dilancarkan bulan depan kerana ciri pemaparan peratus bateri ini sudah diuji pada versi beta pembangun.

Bagaimanapun, dikhabarkan sekalipun ciri ini menjadi realiti, ia tidak akan ada pada model iPhone XR, 11, 12 mini dan 13 mini. Tidak pastikah ia dipengaruhi faktor saiz skrin atau sumpamanya.

Untuk versi beta awam pula dijangka akan menerimanya tidak lama lagi.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY