iOS 16 Beta Awam 3: Enam Perkara Baru Termasuk Peratus Bateri, 'Visualiser' Semasa Muzik Dimainkan

Selepas kemas kini beta versi pembangun dilancarkan semalam, iOS beta versi awam pula beberapa jam lalu telah dilepaskan.

Ini merupakan kemas kini ke-3 bagi versi awam manakala versi pembangun sudah mencapai tahap ke-5.

Berikut antara ciri baharu yang diuji dalam iOS 16 Beta Awam 3.

{snap}

Peratus bateri dalam ikon di status bar




Kita tahu sejak rekaan takuk bermula iPhone X, bateri pada status bar iOS tidak lagi memaparkan peratusan kapasiti bateri. Pengguna perlu menariknya ke bawah dan peratus akan tertera dalam Control Centre.

Namun, Apple mula menguji pemaparan peratus bateri dalam ikon bateri pada status bar dalam beta awam kali ini.

Ikon bateri akan berwarna hijau ketika dicas, kuning jika diaktifkan Low Power Mode dan merah jika terlalu sedikit. Sedikit malang, ia tidak tersedia pada iPhone XR, 11, 12 mini dan 13 mini.

{snap}

Visualiser audio pada lock screen semasa muzik dimainkan




Jika aplikasi muzik atau video sedang berjalan, terdapat sebuah visualiser mini pada lock screen turut dipaparkan.

Menariknya, ia bergerak mengikut audio, bukan hanya hiasan. Kekangannya, saiznya tidak boleh dibesarkan dan hanya ada pada kedudukan sama serta terhad di lock screen.

{snap}

Animasi pada lock screen apabila anda tukar lagu




Sama juga pada lock screen, sekarang apabila anda tekan butang previous atau next, ada sedikit animasi pada judul lagu dan seek bar.

Ia menampakkan sedikit pergerakan berbanding terus bertukar dengan 'kaku'.

Seek bar atau buffering bar ini akan melebar apabila lagu ditukar, menghilangkan angka-angka masa di kira dan kanannya. Kemudian apabila lagu mula dimainkan, ia kembali ke asal bersama angka tadi.

{snap}

iCloud Shared Photo Library dalam Photos




Diumumkan pada WWDC dulu, kini ia sudah mula hadir dalam aplikasi Photos. Ia terhad pada 6 peserta. Untuk melaksanakannya, anda perlu ke Settings kerana tidak tersedia secara automatik di Photos.

Dalamnya, semua peserta boleh menyumbang, menyunting semua video dan gambar. Semua ahli mempunyai kuasa atau akses yang sama rata.

Pengguna juga boleh pilih untuk semua gambar diambil daripada kamera terus dimuat naik ke album tersebut. Anda boleh tetapkan untuk menerima notifikasi jika gambar/video dimuatnaik anda dipadam oleh mana-mana ahli lain.

{snap}

Ciri 'Copy and Delete' apabila tangkap layar




Selepas melakukan screenshot, tekan preview gambar tersebut yang berada di penjuru kiri bawah. Selepas tekan 'Done', kini ada pilihan baru iaitu 'Copy and Delete'.

Ini memudahkan pengguna apabila screenshot gambar yang hanya untuk sekali pakai. Melaluinya, dapat anda kongsikan terus di media sosial tanpa perlu kembali ke Photos untuk padamnya.

Kita tahu ciri salin dan tampal gambar pada iOS sangat memudahkan. Ciri baharu ini bermakna sistem menyalin gambar tersebut tapi pada masa sama gambar asli sudah dipadam daripada galeri.

{snap}

Bunyi baru Find My


How to find your missing iPhone, iPad, Mac, or AirTag using the Find My app on your friend's iPhone

Jika anda sedang mencari peranti Apple anda melalui Find My dan memilih untuknya mengeluarkan bunyi, ia kini hadir dengan bunyi yang lebih kuat.