Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp natif macos 9to5mac

Aplikasi Natif WhatsApp Untuk macOS Sedia Dimuat Turun Sekarang

Diterbitkan Januari 25, 2023 · Dikemas kini Januari 25, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi khas WhatsApp untuk macOS kini sudah dilepaskan untuk pengguna awam walaupun masih di peringkat beta.

Aplikasi khas atau natif ini bermakna perisian kali ini dibina berdasarkan kerangka platform itu sendiri di mana untuk macOS, berdasarkan framework Catalyst.

Jadi, apa beza WhatsApp yang sedia ada selama ini pada Mac anda?

Aplikasi WhatsApp Desktop selama ini sebenarnya ialah berdasarkan web yang menggunakan teknologi lama, Electron.

WhatsApp Desktop users have been using our web-based desktop app (WhatsApp Desktop) or our browser-based app (WhatsApp Web).

Ini bermakna walaupun ia merupakan aplikasi yang dipasang, tetapi sebenarnya cara ia beroperasi itu sama seperti WhatsApp Web.

Boleh dikatakan tiada beza antara Dekstop dan versi Web dari segi dalamannya.

Berkaitan

  • Selain WhatsApp, Ini 6 Aplikasi Berasal Dari Ukraine Yang Mungkin Anda Pernah Guna
  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Ciri Baharu, Pindah 'Chat' Akan Jadi Lebih Mudah
  • Cara Melihat Sekiranya Aplikasi Whatsapp Telah Diceroboh Pada Android
  • WhatsApp Nak Mudahkan Anda 'Block' Orang, 2 Cara Ini Mungkin Diperkenal
  • WhatsApp Akhirnya Mula Perkenalkan Ciri Baharu Ini
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Gambar Dengan Kualiti Asal

Apa kelebihannya?

Disebabkan WhatsApp natif ini dibangunkan berdasarkan ‘tapak’ sistem operasi tertentu, maka pengoptimasian dan integrasi aplikasi dengan peranti juga lebih bagus.

WhatsApp natif ini sepatutnya lebih pantas dan ringan selain antara muka yang sedikit berbeza.

Selain itu, yang lebih penting ialah anda dapat menerima mesej di aplikasi natif walaupun WhatsApp di telefon anda sudah tidak terhubung dengan internet (offline).

WhatsApp natif di Windows ada tak?

Product image

Ada, sudah lama ia rasmi. Anda boleh muat turunnya di Microsoft Store (sahaja).

Saya sendiri menggunakan WhatsApp natif di Windows sejak tahun lalu dan memang terasa keringanannya berbanding perisian WhatsApp biasa yang dimuat turun daripada laman web WhatsApp.

Dari segi antara muka juga berbeza di mana mempengaruhi keringanan versi natif ini.

Jika anda tertanya-tanya tentang iPad pula, maaf, tiada berita berkenaan ketersediaannya untuk peranti itu buat masa ini.

Macam mana nak muat turun WhatsApp natif untuk macOS?

Anda boleh ke laman web WhatsApp di SINI atau SINI.

Diingatkan, WhatsApp natif untuk macOS ini masih dalam fasa pembangunan jadi mungkin ada isu kestabilan dan sebagainya.

Antara ciri yang belum disokong setakat ini ialah undian dalam kumpulan.

Sumber: WhatsApp

Gambar utama: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY